KL CHRONICLE: @LiowTiongLai : Syarat wajib pemandu kedua bagi perjalanan lebih 300 km atau lebih 4 jam kekal

Sunday, January 1, 2017

@LiowTiongLai : Syarat wajib pemandu kedua bagi perjalanan lebih 300 km atau lebih 4 jam kekal


Menteri Pengangkutan yang juga merupakan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini memberi amaran tegas kepada pengusaha bas ekspress apabila beliau sekali lagi menekankan bahawa syarat wajib pemandu kedua bagi perjalanan melebihi 300 km atau pun lebih 4 uam kekal dan tetap dilaksanakan walaupun mendapat bantahan dari beberapa pengusaha bas ekspress tempatan. 



Bagi kami di #KLChronicle, kami berasa bersyukur apabila Kementerian Pengangkutan, melalui Datuk Seri Liow Tiong Lai terus komited bagi memastikan keselamatan penumpang terjamin. Memetik kata  - kata Yang Berhormat Menteri:
"Kalau ada cadangan kita akan lihat tetapi yang penting kepada kita adalah keselamatan orang ramai khususnya penumpang bas berkenaan"
Ini membuktikan walaupun kerajaan diberi tekanan oleh pihak pengusaha bas ekspress, namun bagi kerajaan yang penting adalah keselamatan penumpang dan bukan keuntungan yang dicapai oleh syarikat - syarikat ini. Ini menunjukkan kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan yang bertanggungjawab dimana kerajaan melindungi rakyat dari diambil kesempatan oleh tawkey - tawkey besar.

Namun bagi kami di #KLChronicle, kami kecewa dengan tindakan yang diambil oleh pengusaha bas ekspress dimana mereka mahukan peraturan dua pemandu ini dikaji semula. Ini kerana ini membuktikan bahawa syarikat ini lebih cenderung mengejar keuntungan dan bukan nya mencari cara untuk memastikan keselamatan para penumpang terjamin. 

Diharap sebagai pengguna yang bijak, kita tidak tersilap memilih perkhidmatan bas ekspress yang hanya beroperasi untuk mengejar keuntungan tetapi mengabaikan keselamatan penumpang. Syarikat seperti Alisan Ekspress adalah satu contoh yang tepat dimana syarikat tersebut tidak mempunyai pemandu kedua dan mungkin akibat kepenatan telah berlaku kemalangan maut menyebabkan kematian 14 orang. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget