KL CHRONICLE: SPAD beri jaminan pemandu teksi "RM 800" akan diambil tindakan segera

Friday, December 23, 2016

SPAD beri jaminan pemandu teksi "RM 800" akan diambil tindakan segera



Susulan dari artikel kami di #KLChronicle semalam berkaitan kes dua orang pelancong Perancis telah dikenakan tambang RM 800 bagi perjalanan dari KLCC ke Masjid India (Rujukan : http://thekl-chronicle.blogspot.my/2016/12/jarak-perjalanan-hanya-6-km-pemandu.html) , hari ini Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengeluarkan satu kenyataan media bagi memberikan maklum balas akan kejadian ini. 



Merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh SPAD, mereka (SPAD) memandang serius kes yang berlaku semalam:

"SPAD ingin memberikan jaminan kepada orang ramai bahawa siasatan dan tindakan segera akan diambil terhadap pengendali. Ini termasuk tindakan menarik balik Lesen Pengendali sekiranya didapati bersalah atas kegagalan menjaga teksi yang telah dilesenkan kepada pengendali."

Bagi kami di #KLChronicle, syabas dan tahniah diucapkan kepada SPAD kerana pantas memberi maklum balas terhadap kes ini. Umum ketahui bahawa pemandu teksi merupakan duta - duta kecil negara kerana mereka (pemandu teksi) ini membawa pelancong ke merata tempat dan imej pemandu teksi ini secara amnya akan mencerminkan imej sesebuah negara. 

Malangnya tindakan tidak bertanggungjawab suspek ini telah memburukkan nama pemandu teksi, industri teksi dan secara umumnya telah memburuk kan nama negara. Selepas ini mungkin pelancong tidak akan lagi menaiki teksi tetapi mengambil UBER atau GRABCAR. Kesudahanya, pemandu teksi akan kehilangan sumber mata pencarian mereka. Adakah ini yang mereka mahu?

Kepada SPAD, kami mengucapkan terima kasih atas keprihatinan SPAD akan isu ini. Diharap pemandu teksi tersebut dapat ditangkap dan tindakan sewajarnya dapat diambil. 

KENYATAAN PENUH SPAD ADALAH SEPERTI DI BAWAH:

KENYATAAN MEDIA
MAKLUMBALAS SPAD MENGENAI INSIDEN PENUMPANG DIKENAKAN TAMBANG RM800 BAGI PERJALANAN DARI KLCC KE MASJID NEGARA

Kuala Lumpur, 23 Disember 2016 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memandang serius terhadap laporan yang diterima baru-baru ini daripada pelancong yang mengadu telah dikenakan tambang RM800 bagi perjalanan daripada KLCC ke Masjid Negara. Suruhanjaya telah memulakan siasatan mengenai insiden tersebut susulan daripada pertemuan dengan pengadu di pejabat SPAD, Pudu.

SPAD ingin memberikan jaminan kepada orang ramai bahawa siasatan dan tindakan segera akan diambil terhadap pengendali. Ini termasuk tindakan menarik balik Lesen Pengendali sekiranya didapati bersalah atas kegagalan menjaga teksi yang telah dilesenkan kepada pengendali.

Pengendali pengangkutan awam mempunyai tanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan yang selamat dan jujur kepada semua pengguna pengangkutan awam darat, tidak kira bagi pelancong mahupun penumpang tempatan. Justeru itu, SPAD ingin memberikan peringatan tegas kepada pengendali teksi supaya mematuhi kesemua syarat-syarat Lesen Pengendali di bawah Akata Pengangkutan Awan Darat 2010. Tambang yang dikenakan mesti mematuhi struktur tambang yang ditentukan oleh SPAD dan penggunaan meter adalah wajib bagi teksi bajet, eksekutif dan Teksi 1 Malaysia (TEKS1M).

- Tamat –

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget