KL CHRONICLE: ANAK MAHATHIR KE 9 TERKAYA DI MALAYSIA, ANAK NABI TIDAK BERGELAR JUTAWAN PUN.

Monday, December 5, 2016

ANAK MAHATHIR KE 9 TERKAYA DI MALAYSIA, ANAK NABI TIDAK BERGELAR JUTAWAN PUN.


Dalam keadaan bertambah tertekan, Tun Mahathir kian bertambah kalut.

Ketika pemimpin UMNO bergegas ke tempat perhimpunan umat Islam dalam bersolidariti bersama masyarakat Rohingya , Mahathir pula bersekongkol dengan DAP dalam perhimpunan tahunan DAP.




Bukan sahaja bersekongkol dengan musuh umat Melayu, Mahathir sempat mencuci segala najis dan muntahnya kepada DAP selama berpuluh tahun dengan kenyataan berlawanan dengan apa yang Tun Mahathir sendiri pernah ucapkan sebelum ini.

Kemudian dalam satu temuramah bersama pemberita , Tun Mahathir sempat membuat kenyataan bahawa Nabi tiada wang 2.6 billion dalam akaunnya.

Seolah olah seperti tiada contoh lain , Mahathir persenda Nabi untuk mengenakan Dato Seri Najib.

Kerana jaki dan dengki ahli UMNO melafazkan kesetiaan kepada Uli Amri mereka dengan sikap Wala', maka Tun Mahathir yang gagal menipu ahli UMNO kali kedua seperti mana dia menipu mereka ketika menjatuhkan Abdullah Badawi hatta kata kata persenda dikeluarkan.

Satu ketika dahulu , Mahathir pernah menyatakan bahawa Nabi Muhamad berjanggut dan tidak bercukur kerana dizamannya tiada pisau "gillete".

Akibat dari kata kata itu, ahli UMNO jenuh bertepis bersilat untuk mempertahankannya.

Kini Tun Mahathir mengulangi lagi kenyataan bodoh serta berbaur penghinaan, sekali lagi hanya sebab mahu rakyat membenci Najib.

Tapi diharapkan dengan kenyataan bodoh ini biarlah ahli bunga dan ahli parti Pribumi pula bersilat dan bertepis untuk selamatkannya pula.

Kenyataan Tun Mahathir bahawa Nabi tiada miliki sejumlah 2.6 billion dalam akaun, itu membawa erti Nabi tidak sekaya Najib, mungkin itulah yang cuba di gambarkan oleh Tun Mahathir .

Tapi Tun Mahathir sebagai seorang nyanyok bersiri, terlupa Nabi juga bukan terkaya di negaranya di waktu itu , tidak seperti anak Tun Mahathir yang kaya raya melebihi Dato Seri Najib.

Anak Tun Mahathir seperti Mokhzani pernah menduduki tangga kesembilan dalam senarai individu terkaya di Malaysia.

Bahkan anaknya yang lain seperti Mirzan dan Mukhriz bukan juga orang miskin. Dua orang ini pun berstatus jutawan.

Mereka miliki harta mencecah billion, tentu tidak sama dengan Nabi. Ini kerana nabi tidak sekaya ini.

Kita harus faham perut busuk Tun Mahathir, dia amat marah apabila tidak dapat memulas tangan Najib, kerana Najib tidak datang merangkak kepadanya untuk meminta dana bagi pilihanraya.

Pada lazimnya , dana pilihanraya dipegang oleh Tun Mahathir , dan usahlah tanya dari mana datangnya dana itu.

Tentu sekali datang dari mereka mereka yang Tun Mahathir pelihara sebagai kroninya.

Dan jika Najib datang meminta dana pilihanraya , maka Tun Mahathir akan kepilkan syarat dan kehendak kehendak peribadinya untuk dilayan.

Maka atas sebab DS Najib tidak datang meminta kepadanya, maka itulah sebab datang sifat dengki dan dendamnya kerana tidak berpeluang meletakkan syarat dan mengikat Presiden UMNO.

Amat jijik tingkah laku Tun Mahathir sejak kebelakangan ini. Akibat tekanan waktu dan misi peribadi yang belum berjaya , maka beliau akan buat apa sahaja untuk mencapainya.

Dosa yang akan dibuat oleh Tun Mahathir dibantu oleh mereka yang begitu taksub dan kurang agamanya untuk menasihati.

Tun Mahathir sudah cuba segalanya dari memfitnah, sabotaj ekonomi di luar negara, mengupah media asing dan agensi asing serta mengugut kepala agensi dalam negara untuk akur kepada kehendaknya namun dengan halangan Allah masih belum berjaya.

Apa lagi yang tinggal kepada Tun Mahathir kini hanyalah sisa sisa umur yang tidak lagi di manfaatkannya untuk jalan kebaikan , melainkan masih sibuk dengan urusan dunia dan politik melampaui batas.

Terlalu jelas dengan tindak tanduk Tun Mahathir sangat menunjukkan bukanlah kerana isu 1MDB yang menjadi sebab dia mahu jatuhkan DS Najib, semakin hari semakin jelas ada perkara lain yang menyebabkan ini semua.

Selagi Tun Mahathir tidak mengaku dan bersikap jujur atas sebab dia mahu jatuhkan DS Najib dan UMNO , Insyallah dia tidak akan berjaya.

Tulisan : 
Beruang Biru
BB172, Isnin
5 Disember 2016

2 comments:

ayah said...

Anak tiri Najib pun kaya juga tapi dengan duit curi.

Aku gerenti komen ini akan dipadamkan.

Unknown said...

tak padam pun...mana gerenti ko anjing...??

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget