KL CHRONICLE: Sekarang @TeoNieChing pula "disekolahkan" oleh @weekasiongmp

Tuesday, November 22, 2016

Sekarang @TeoNieChing pula "disekolahkan" oleh @weekasiongmp


Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Ir. Wee Ka Siong nampaknya semakin agresif dalam mempertahankan Barisan Nasional (BN) dan MCA dari terus difitnah oleh parti rasis chauvinis yang diketuai oleh Lim Guan Eng iaitu DAP. Ini terbukti sekali lagi apabila Datuk Seri Dr. Ir. Wee Ka Siong telah membidas kenyataan jijik dan pembohongan Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching berkaitan isu sekolah Cina di Malaysia. 





Ini selepas Ahli Parlimen Kulai tersebut telah mengeluarkan fakta yang salah dan berbohong kepada rakyat dengan mengatakan bahawa jumlah sekolah Cina di negara ini telah berkurangan dari 1,290 kepada 1,284 buah sekolah antara tahun 1990 sehingga tahun 2000. Namun, nasib baik pembohongan Teo Nie Ching ini telah "dikantoikan" oleh Datuk Seri Dr. Ir. Wee Ka Siong.

Memetik kata - kata Datuk Seri Dr. Ir Wee Ka Siong, sebenarnya dalam masa 2 dekad, jumlah sekolah vernakular Cina sebenarnya telah meningkat berganda. Ini terbukti apabila antara 1999 sehingga 2016, 17 buah sekolar vernakular Cina baru telah didirikan oleh kerajaan Barisan Nasional untuk masyarakat berbangsa Cina dimana 16 buah sekolah telah mula beroperasi dan sebuah lagi, iaitu SJK(C) Kajang Utama yang sesi nya akan mula beroperasi tahun hadapan.



Malah, menurut Datuk Seri Dr. Ir. Wee Ka siong, jumlah sekolah vernakular Cina kini berjumlah 1,298 buah sekolah dan bukan 1,284 seperti yang dikatakan Teo Nie Ching. Ini sekaligus membuktikan bahawa DAP sebenarnya berbohong apabila mengatakan bahawa MCA mengabaikan masyarakat Cina namun angka diatas membuktikan sebaliknya. Walaupun kurang mendapat sokongan masyarakat Cina, MCA masih terus dengan ikhlas dan konsisten bekerja demi kebaikan serta kesejahteraan masyarakat Cina.



 
Ini berbeza dengan DAP yang hanya tahu berpolitik siang dan malam, menyertai demo haram seperti Bersih 5 tetapi gagal mentadbir negeri dengan baik sehingga hampir setiap hari Pulau Pinang banjir. Malah, kini di Pulau Pinang rakyat semakin tertekan dengan tindakan rejim DAP yang bertindak zalim terhadap masyarakat negeri tersebut. Ramai rakyat terutamanya Orang Kelainan Upaya (OKU) dan warga emas rasa tertekan tinggal di Pulau Pinang. Ini sekaligus membuktikan kerajaan DAP telah gagal mentadbir negeri dengan baik.

Adakah ini yang rakyat Malaysia terutamanya masyarakat Cina mahukan? Mengundi DAP yang akhirnya bertindak zalim ke atas rakyat? 


No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget