KL CHRONICLE: @LiowTiongLai : #DemiRakyat perkhidmatan keretapi Seremban - Port Dickson akan dibangunkan semula

Monday, November 28, 2016

@LiowTiongLai : #DemiRakyat perkhidmatan keretapi Seremban - Port Dickson akan dibangunkan semula


Menyedari kepentingan perkhidmatan rel keretapi antara Seremban - Port Dickson kepada sektor pelancongan dan pembangunan Negeri Sembilan, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam satu kenyataan beliau telah menyatakan harapan kerajaan supaya syarikat-syarikat swasta dapat bersama-sama membangunkan semula landasan kereta api Seremban-Port Dickson, yang kini sudah tidak digunakan lagi.



Menurut  Datuk Seri Liow Tiong Lai  usaha menaik taraf landasan kereta api Seremban-Port Dickson, merupakan sebahagian projek infrastruktur bagi pembangunan Malaysia Vision Valley (MVV). Memetik kata - kata beliau:
"Kita tidak boleh mengharapkan dana kewangan dari kerajaan sahaja kerana ia hanya akan melambatkan proses naik taraf ini, sebaliknya dengan penyertaan dari syarikat swasta, projek naik taraf landasan akan dapat dipercepatkan,"
Bagi kami di #KLChronicle, langkah kerajaan mmembangunkan semula perkhidmatan keretapi antara Seremban - Port Dickson merupakan satu langkah yang sangat tepat. Ini kerana, umum ketahui bahawa salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) adalah dalam sektor pengangkutan awam. Oleh sebab itu, dibawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak berbillion ringgit dibelanjakan dalam sektor ini dengan projek - projek rakyat seperti LRT Extension, MRT, perkhidmatan Bas Rapid di seluruh negara dan lain - lain lagi. 

Lebih membanggakan, semua projek ini melibatkan Kementerian Pengangkutan yang diterajui oleh parti MCA. Ini membuktikan Perdana Menteri memandang tinggi kebolehan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan beliau merupakan "Lead Minister"  menerajui NKRA pengangkutan awam. Ini berbeza dengan parti DAP, walaupun sudah lama menerajui DAP tapi tidak ada satu pembangunan pun yang dilakukan di negeri tersebut. 

Malah, lebih menyedihkan lagi kerajaan negeri Pulau Pinang telah menjual hampir semua aset kerajaan negeri iaitu bukit, tanah, pulau malah laut pun dijual kepada pemaju - pemaju perumahan.Ini membuktikan mereka (DAP) tidak ada idea bagaimana untuk membangunkan dan mentadbir sebuah negeri tapi hanya menjual semua aset yang ada untuk menjana keuntungan. Adakah parti seperti ini yang rakyat mahukan untuk mentadbir negara? Entah apa lagi yang akan dijual mereka selepas ini. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget