KL CHRONICLE: #DemiRakyat #TahukahAnda Kerajaan melalui SPAD akan bina dua lagi terminal bersepadu?

Saturday, November 26, 2016

#DemiRakyat #TahukahAnda Kerajaan melalui SPAD akan bina dua lagi terminal bersepadu?


Menyedari bahawa industri pengangkutan awam darat akan terus berkembang di negara ini, kerajaan Barisan Nasional (BN) dibawah kepimpinan Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak bakal mewujudkan dua lagi terminal iaitu Terminal Bersepadu Gombak (TBG) dan Terminal Bersepadu Sungai Buloh (TBSB) yang dijangka siap menjelang 2020 melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). 



Ini kerana, mengikut laporan Perjalanan Transformasi Pengangkutan Awam Darat (PTPAD) 2010-2015 yang dibentangkan oleh SPAD, kerajaan menjangkakan bahawa kadar kapasiti di Terminal Bersepadu yang ada sekarang di Bandar Tasik Selatan tidak dapat menampung penambahan jumlah pengguna yang semakin sesak. Oleh itu, untuk memberi keselesaan kepada rakyat, dua lagi terminal bersepadu akan dibina. 

Bagi kami di #KLChronicle, "we have come a long way" dalam industri pengangkutan awam darat negara dibawah SPAD. Ini terbukti apabila sistem jaringan pengangkutan awam darat (Bas Ekspress) contohnya telah berkembang dengan pesat sehingga permintaan oleh rakyat semakin tinggi. Malah, dengan jaringan pengangkutan awam yang efisien, rakyat kini tidak lagi perlu menggunakan kereta untuk bergerak di kawasan Greater Kuala Lumpur. 

Selain isu kesesakan di Terminal Bersepadu, SPAD juga telah mengumumkan bahawa mereka akan menambah kira-kira 30 kemudahan Park & Ride menjelang 2019 di kawasan berkepadatan tinggi di sekitar bandar. Ini akan memberikan peluang kepada pengguna untuk memandu kereta mereka ke kemudahan Park & Ride ini dan kemudian menggunakan pengangkutan awam ke destinasi mereka tanpa perlu terperangkap didalam kesesakan lalu lintas. 

Konklusinya, kerajaan BN telah membuktikan komitmen mereka untuk meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat di negara ini, terutamanya di Lembah Klang. Ini dibuktikan dengan projek TBG dan TBSB yang akan disiapkan menjelang Tahun 2020 dan juga 30 Park & Ride facilities yang akan disiapkan menjelang Tahun 2019. Terima Kasih kami ucapkan kepada SPAD kerana bersikap proaktif dalam meminta maklum balas dari rakyat dan kemudian mengemukakan kehendak rakyat kepada kerajaan.

SPAD telah memainkan peranan mereka dengan efektif dan sudah pastinya ini dihargai oleh rakyat di negara ini. 



No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget