KL CHRONICLE: #DemiRakyat Kenyataan Media SPAD berkaitan status Program Transformasi Industri Teksi (TITP)

Friday, November 18, 2016

#DemiRakyat Kenyataan Media SPAD berkaitan status Program Transformasi Industri Teksi (TITP)


Umum ketahui bahawa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kini sedang berusaha untuk melaksanakan Program Transformasi Industri Teksi (TITP) dimana salah satu inisiatif yang dilakukan dalam TITP ini adalah liberalisasi permit teksi kepada pemandu teksi individu dibawah sistem model pajak. Umum ketahui bahawa industri teksi di negara ini mempunyai masalah struktur yang sangat kritikal iaitu isu pajak lesen dan teksi dari syarikat kepada pemandu. 



Menyedari hakikat bahawa sistem pajak ini membebankan pemandu dan menyebabkan mereka menjadi "hamba" kepada syarikat lesen/teksi, Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak telah meminta SPAD untuk melakukan perubahan yang drastik bagi menjamin kesejahteraan pemandu teksi supaya mereka tidak lagi ditindas oleh syarikat lesen/teksi. Salah satu cara adalah dengan memberikan mereka lesen individu untuk beroperasi. 





Sehingga hari ini, sudah hampir 1,600 permohonan lesen individu telah diterima oleh SPAD. Ini menunjukkan bahawa program liberalisasi yang dicadangkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) mendapat sokongan dan sambutan dari rakyat. Antara sebab lain program liberalisasi industri teksi diadakan adalah juga untuk memberikan kebebasan kepada pemandu teksi untuk memilih model perniagaan teksi yang paling sesuai dengan taraf ekonom yang ingin dicapai pada masa hadapan. 

Dalam hal aplikasi e - hailing pula, umum ketahui bahawa rakyat di Malaysia lebih gemar menggunakan aplikasi Grab Car dan Uber berbanding teksi konvesional yang dikatakan memberikan mutu perkhidmatan yang kurang memberangsangkan. Menyedari hakikat ini dan mengambil berat pandangan serta maklum balas dari rakyat, kerajaan melalui SPAD telah mengambil langkah untuk meminda undang - undang berkaitan e - hailing melalui rundingan dengan Jabatan Peguam Negara dan Kementerian Pengangkutan. 

Konklusinya, bagi kami di #KLChronicle, kerajaan Barisan Nasional merupakan satu kerajaan yang sangat bertanggungjawab. Kerajaan sedar bahawa pemandu teksi serta pengguna mempunyai keperluan dan "demand" masing - masing. Oleh itu, sebagai kerajaan yang prihatin akan kehendak ini, kerajaan cuba mencari solusi dan memberikan satu keadaan win - win kepada kedua - dua belah pihak tanpa menindas sesiapa. Ini bukti bahawa kerajaan BN mendahulukan rakyat dalam segala keputusan yang dilakukan. 

KENYATAAN PENUH SPAD DIBAWAH:



No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget