KL CHRONICLE: SPAD ambil tindakan tegas terhadap "ulat teksi" Cc @SPADChannel

Sunday, October 16, 2016

SPAD ambil tindakan tegas terhadap "ulat teksi" Cc @SPADChannel


Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang telah mengambil tindakan tegas dengan menangkap ulat - ulay teksi di kawasan Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dan Bukit Bintang baru - batu ini. 



Umum ketahui bahawa kawasan KLCC dan Bukit Bintang merupakan kawasan tumpuan utama pelancong dari dalam dan luar negara. Tindakan tidak bertanggungjawab ulat ini telah memberikan imej yang buruk kepada negara ini sekaligus mewujudkan persepsi bahawa Malaysia tidak mempunyai undang - undang dalam menangani masalah ulat teksi. 

Namun malangnya, usaha murni SPAD ini telah dikecam oleh netizen apabila terdapat sekeping gambar di media sosial yang menunjukkan ulat teksi ini digari oleh penguatkuasa SPAD. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, kami di #KLChronicle telah mengambil keputusan untuk menghubungi pihak SPAD untuk mendapat penjelasan tentang hal ini. 

Menurut SPAD, SPAD akan mengari siapa sahaja yang ditangkap menjalankan aktiviti "mengulat". Ini kerana lazimnya "ulat teksi" ini akan bertindak ganas dan akak melawan tangkapan keatas mereka.

 Mereka juga pernah menggunakan fizikal utk melawan anggota penguatkuasa dan pergelutan ini boleh mencadangkan kecederaan kepada kedua - dua belah pihak. Oleh itu, untuk mengelakkan hal - hal yang sedemikian berlaku, ulat ini digari oleh pihak SPAD.

Konklusinya, kami di #KLChronicle berharap rakyat di negara ini menyokong usaha yang diambil oleh SPAD untuk menghapuskan ulat teksi di sekitar Lembah Kelang. Ini kerana "ulat teksi" ini merupakan parasit yang merosakkan industri teksi dan pelancongan di negara ini. Tindakan tidak bertanggungjawab mereka harus dihentikan serta merta. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget