KL CHRONICLE: #HaronDin #KLChronicle : Kita Lawan @DAPMalaysia kerana mereka Biadap & Kurang Ajar

Saturday, September 17, 2016

#HaronDin #KLChronicle : Kita Lawan @DAPMalaysia kerana mereka Biadap & Kurang Ajar

#KLChronicle

Seburuk - buruk UMNO, apabila mendapat perkhabaran tentang kematian Tuan Guru Datuk Dr. Haron Din, kita turut merasa sedih akan kehilangan seorang ilmuan yang terbaik pernah dilahirkan di negara ini. 




Presiden dan Naib Presiden parti pula cuba membantu dengan menyediakan jet milik kerajaan untuk membawa pulang jenazah Allahyarham namun selepas berbincang dengan keluarga allahyarham keputusan diambil untuk jenazah dikebumikan di US. Kerajaan akan membantu mempermudahkan urusan pengebumian dengan pihak berkuasa US.

Ini adalah UMNO. Walaupun dimaki, dicaci dan dihina kami tetap tidak lupa persaudaraan yang wujud sesama umat Islam. Perbezaan pendapat tentang hal politik itu biasa tetapi silaturahim dan hubungan sesama Islam tidak boleh digadaikan kerana kepentingan politik. 

Namun malangnya, bagi pihak DAP dan penyokong mereka kematian allahyarham merupakan sesuatu perkara yang patut diraikan. Ini adalah tidak patut sama sekali. Sebab itu bagi kami di UMNO, musuh utama kami adalah DAP dan bukan PAS. Akibat kerakusan kuasa, DAP akan menghancurkan segala keharmonian antara kaum yang telah dibina sejak kita merdeka oleh kerajaan BN. 

Adakah ini yang kita mahukan?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget