KL CHRONICLE: #DemiRakyat SPAD laksanakan sepenuhnya #MyBAS Ipoh bermula 1 September 2016

Saturday, September 3, 2016

#DemiRakyat SPAD laksanakan sepenuhnya #MyBAS Ipoh bermula 1 September 2016

Image result for SPAD

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang telah melaksanakan sepenuhnya Perkhidmatan myBAS Ipoh di bawah program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (SBST) bermula 1 September 2016. Proses pelaksanaan sepenuhnya myBAS Ipoh ini membuktikan SPAD telah menepati janjinya kepada warga Ipoh dengan memberikan perkhidmatan pengangkutan awam darat yang terbaik bagi warga Ipoh. 



Image result for myBAS Ipoh

Bagi mereka yang tidak tahu, myBAS Ipoh yang merupakan ilham Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak menawarkan kepada pengguna sistem pengangkutan yang lebih efisien, bersepadu dan jaringan bas yang lebih menyeluruh merentasi 19 laluan yang meliputi 314km di seluruh kawasan Ipoh dan yang berdekatan dengannya. Fasa pertama perkhidmatan myBAS Ipoh yang dilancarkan pada Jun 2016 telah meliputi 6 laluan utama dan sehingga Julai 2016 telah memberikan perkhidmatan kepada seramai 47,147 orang.  Bagi mereka yang berminat, kami di #KLChronicle ada menulis dua (2) artikel tentang myBAS Ipoh di pautan berikut:

  1. #DemiRakyat SPAD Perkenalkan MyBAS di Ipoh : http://thekl-chronicle.blogspot.my/2016/06/demirakyat-spad-perkenalkan-mybas-di.html
  2. #DemiRakyat SPAD bakal perkenalkan MyBas di Ipoh : http://thekl-chronicle.blogspot.my/2016/02/demirakyat-spad-perkenalkan-mybas-di.html


Kami juga di #KLChronicle ingin mengambil kesempatan ini untuk memuji SPAD kerana telah berjaya memperkenalkan perkhidmatan myBAS kepada tiga bandar utama di Semenanjung Malaysia iaitu di Kangar, Seremban dan di Ipoh. Ini membuktikan SPAD sebagai sebuah suruhanjaya yang diamanahkan untuk memperbaiki mutu perkhidmatan awam darat negara sedang "walk the talk" dan menjalankan amanah yang diberikan sebaik mungkin. 

Lebih menarik lagi, kerajaan pimpinan Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak telah memperuntukkan RM 100 juta lagi bagi program myBAS bagi pelaksanaan fasa seterusnya di Johor Bahru dan Kuala Terengganu untuk meningkatkan mobiliti dan akses rakyat. Ini membuktikan walaupun terdapat pelbagai fitnah di media sosial kononnya kerajaan kini mempunyai masalah kewangan dan akan bankrap, namun kerajaan terus komited untuk terus menaik taraf sistem pengangkutan awam darat demi kesejahteraan rakyat. 

Konklusinya, walaupun SPAD dan kerajaan BN dicaci dan dihina oleh pelbagai pihak, namun komitmen mereka terhadap kesejahteraan rakyat tidak pernah luntur dan mereka (Perdana Menteri & SPAD) tetap terus komited dengan amanah yang diberi untuk memastikan sistem pengangkutan awam darat negara ini terus maju dan menjadi antara yang terbaik di dunia. Ini merupakan satu langkah yang bertanggungjawab dan kami berharap Perdana Menteri serta Tan Sri Syed Hamid Albar akan terus menerajui SPAD untuk satu tempoh masa yang lama supaya semua KPI ini dapat dicapai. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget