KL CHRONICLE: You Help Me, I Help You. Ok?

Sunday, August 7, 2016

You Help Me, I Help You. Ok?


Nampaknya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kini cuba untuk mengambil hati orang Melayu dengan mengumumkan projek pembesaran sekolah agama bernilai RM 15 juta di Pulau Pinang. Ironiknya, hanya selepas 8 tahun memerintah Pulau Pinang baru peruntukan sebesar ini diluluskan. Persoalanya mengapa?



Adakah ini merupakan satu langkah *You Help Me, I Help You* Lim Guan Eng untuk mendapat sokongan orang Melayu Pulau Pinang jika pilihanraya tergempar diadakan? Jangan kita lupa bahawa Lim Guan Eng kini dituduh mengikut Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 2009 (berkaitan pengezonan semula sebidang tanah daripada pertanian kepada kegunaan komersial) dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan (pembelian sebuah unit banglo di Jalan Pinhorn di bawah nilai pasaran). Ini menunjukkan memang berlaku korupsi dan salah guna kuasa oleh Ketua Menteri Pulau Pinang. 

Adakah rakyat Melayu Pulau Pinang dengan sangat mudah mahu melupakan skandal rasuah Lim Guan Eng selepas hanya disogok dengan RM 15 juta?

Fikirkan lah. 

#KLChronicle



No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget