KL CHRONICLE: @RazlanRafii : @dapmalaysia mesti berhenti bangkitkan isu sensitif agama Islam

Wednesday, August 3, 2016

@RazlanRafii : @dapmalaysia mesti berhenti bangkitkan isu sensitif agama Islam


Pembangkang Selalu mengajak Rakyat turun ke jalanan dan membelakangi undang-undang yang sekian lama kita gubal bersama-sama.




DAP semakin lantang mengusik sempadan agama apabila berani membenarkan penganjuran program yang sering menjadi kritikan sesama Agama. Program seperti October Fest dan I Want Touch A Dog.

Terbaru, tindakan  Nga Kor Ming yang mendoakan seolah-olah Malaysia kembali berkiblatkan Kristian dan Amerika juga mendapat bantahan daripada orang Islam.

Ada juga dakwaan Teresa Kok membuat aduan kerana laungan Azan terlalu tinggi kedengaran.

Saya ingin berkongsi kejadian pada 29 Jul di Tanjung Balai, Indonesia.

Yang mana kisah ini tidak jauh beza dengan isu sensitif yang sering kali dimainkan oleh orang DAP.

Sejumlah Tokong Buddha dibakar dan Pekan Tanjung Balai menjadi tidak aman akibat dari rakyat turun melakukan undang-undang sendiri hanya kerana "Seorang Tionghua mengadu tentang azan"

Sebagai negara yang berdaulat yang menjaga keharmonian semua agama, Malaysia masih aman walaupun DAP sering kali mengusik sempadan Agama Islam.

Tidak mustahil juga ajaran pembangkang yang sering mengajak rakyat turun ke jalanan akan menjadi kenyataan sekiranya sesama kita tidak tahu menjaga sensitiviti sempadan agama.

Bersama kita menjaga keamanan dan tolak pemikiran negatif terhadap Agama seperti Nga Kor Ming dan sekutu mereka.

Sekian,
*Mohd Razlan Rafii*
_Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan_

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget