KL CHRONICLE: #DemiRakyat SPAD beri bantuan sebanyak RM 143 juta kepada 65 syarikat pengendali bas henti - henti

Wednesday, August 10, 2016

#DemiRakyat SPAD beri bantuan sebanyak RM 143 juta kepada 65 syarikat pengendali bas henti - henti

Bantuan sebanyak RM 142.7 juta dari SPAD kepada pengusaha bas henti - henti

Menyedari bahawa perkhidmatan bas henti - henti memainkan peranan yang penting bagi rakyat Malaysia terutamanya bagi nereka yang tinggal di bandar kecil dan desa, kerajaan Barisan Nasional melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menyalurkan sumbangan dana sebanyak RM 142.7 juta di bawah Dana Sokongan Sementara Bas Berhenti-henti (ISBSF) 2016 kepada 65 pengendali bas henti - henti.


Tujuan dana ini disalurkan kepada pengendali bas henti - henti adalah supaya mereka dapat meneruskan perkhidmatan yang diberi tanpa gangguan. Umum ketahui bahawa perkhidmatan bas henti - henti luar bandar adalah tidak menguntungkan. Ini kerana jumlah pengguna yang menggunakan perkhidmatan ini tidak ramai dan tambang yang ditawarkan juga adalah rendah berbanding yang sepatutnya. 

Namun demikian, perkhidmatan ini  harus juga diteruskan kerana ianya mempunyai permintaan dari kalangan pengguna yang berpendapatan rendah. Menyedari hakikat ini, SPAD sebagai sebuah Suruhanjaya yang bertanggungjawab telah memainkan peranan penting dengan meyakinkan kerajaan supaya meneruskan bantuan kepada skim ISBSF ini demi kesejahteraan rakyat. 

Bagi kami di #KLChronicle, kejayaan SPAD serta komitmen kerajaan BN dalam meneruskan skim ISBSF ini dengan berbelanja ratusan juta ringgit membuktikan kerajaan BN sangat mengambil berat akan masalah yang dihadapi oleh mereka yang berpendapatan rendah di negara ini. Kerajaan yang tidak bertanggungjawab sudah semestinya menamatkan perkhidmatan bas henti - henti  ini namun kerajaan BN tetap meneruskanya demi rakyat. 

Tan Sri Syed Hamid Albar memainkan peranan penting bagi memastikan perkhidmatan bas henti - henti diteruskan demi kesejahteraan rakyat berpendapatan rendah
kami juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Pengerusi SPAD, Tan Sri Dato 'Seri Dr. Syed Hamid Syed Jaafar Albar kerana sentiasa berusaha dengan gigih bagi memastikan Pelan Transformasi Pengangkutan Awam Darat negara berada pada landasan yang betul sejajar dengan aspirasi kerajaan bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dan berpendapatan tinggi menjelang Tahun 2020. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget