KL CHRONICLE: #DemiRakyat MCA & Gerakan harus bersatu menghadapi PRU14

Tuesday, August 16, 2016

#DemiRakyat MCA & Gerakan harus bersatu menghadapi PRU14




Kami di #KLChronicle menyambut baik gesaan yang dibuat oleh Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mahukan MCA dan Gerakan bersatu dalam menghadapi pilihan raya yang akan datang. Antara kerusi yang dilihat dimana gabungan MCA dan Gerakan dapat memberi kemenangan besar kepada Barisan Nasional adalah di kerusi Parlimen Teluk Intan dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Berdamar. Memetik kata – kata Datuk Seri Liow Tiong Lai.:



“Kita harus mula membuat persiapan awal untuk pilihanraya14 yang akan datang kerana kita sudah pun memasuki tahun ke 4 semenjak pilihanraya yang lalu” kata Datuk Seri Liow Tiong Lai.
“Ia satu perjuangan yang agak panjang buat MCA di Teluk Intan dan kami berharap, untuk dapat menawan satu lagi kerusi seperti Pasir Berdamar” tambah Liow yang juga Presiden MCA.
“Saya amat percaya jika Gerakan dan MCA mula bekerjasama dari awal  lagi kita mungkin boleh membawa kejayaan lebih besar kepada Barisan Nasional semula” kata Liow pada sidang media selepas perasmian tokong Sheng Fong Kong.
Bagi kami di #KLChronicle, ini merupakan satu anjakan paradigma dimana parti MCA dan Gerakan, yang dua – duanya dilihat tewas teruk pada PRU yang lepas dan kini cuba bangkit dengan membawa semangat baru bagi merampas kerusi – kerusi yang tewas di tangan DAP. Ini merupakan satu perkembangan yang baik juga untuk Barisan Nasional memandangkan kejayaan Barisan Nasional terletak selari dengan kejayaan parti – parti komponen yang lain.  

Selain itu, sejak mengambil tampuk kepimpinan MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dilihat sudah berjaya menstabilkan parti MCA dimana tiada lagi pertelingkahan dalaman parti seperti di zaman mantan Presiden yang menyebabkan parti tidak dapat fokus dalam memberi perkhidmatan yag terbaik untuk rakyat. Akibat kestabilan MCA ini, kini sokongan masyarakat Cina dilihat sudah kembali kepada Barisan Nasional. Ini terbukti apabila masyarakat Cina memberikan kemenangan yang besar kepada BN di Sarawak, Kuala Kangsar dan Sungai Besar. 

Harapan kami di #KLChronicle adalah MCA dibawah kepimpinan Datuk Seri Liow Tiong Lai terus dengan kerja – kerja berkhidmat demi rakyat seperti yang dilakukan sekarang. Kami yakin rakyat Malaysia akan kembali menyokong MCA dan BN seterusnya memastikan kemenangan besar BN pada PRU yang akan datang. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget