KL CHRONICLE: #MH370 @LiowTiongLai : Malaysia tiada sebarang bukti Juruterbang terlibat bunuh diri

Friday, July 29, 2016

#MH370 @LiowTiongLai : Malaysia tiada sebarang bukti Juruterbang terlibat bunuh diri


Menyedari bahawa kini terdapat spekulasi di Internet bahawa terdapat penglibatan juruterbang pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 dalam cubaan membunuh atau bunuh diri, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai telah mengesahkan bahawa Malaysia tidak mempunyai sebarang bukti yang menunjukkan demikian.




Bagi mereka yang baru membaca isu ini, kontroversi atau pun spekulasi ini mula timbul apabila terdapat "data yang bocor" dari FBI yang mengatakan bahawa hasil siasatan mereka mendapati Kapten Azhari mungkin telah cuba membunuh diri ketika mengendalikan pesawat MH370.

Memetik kata - kata Datuk Seri Liow Tiong Lai :

 "Seperti yang anda semua maklum, semua bukti yang dikumpulkan oleh FBI tidak diserahkan kepada pasukan penyiasat Malaysia. Kami tidak mempunyai semua bukti."

Bagi kami di #KLChronicle, tindakan tidak bertanggungjawab pihak FBI membocorkan hasil siasatan mereka kepada pihak media adalah sesuatu yang amat dikesali. Ini kerana sehingga hari ini keluarga Allahyarham Kaptan Azhari sudah menyatakan bahawa Allahyarham mempunyai kehidupan yang baik dan tidak menunjukkan sebarang tendency untuk membunuh diri.

Kami berharap pihak FBI akan lebih sensitif dalam perkara sebegini pada masa akan datang. Jika FBI sangat berminat dengan kebenaran, FBI dan kerajaan Amerika Syarikay harus membantu Malaysia dalam mencari pesawat MH370. Mengapa hanya melontarkan kontroversi tetapi tidak mahu memberi bantuan?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget