KL CHRONICLE: #DemiRakyat : SPAD mulakan proses penggantungan terhadap Qistina Express

Wednesday, July 13, 2016

#DemiRakyat : SPAD mulakan proses penggantungan terhadap Qistina Express


Dalam satu kenyataan media hari ini, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengambil langkah drastik dengan memulakan proses penggantungan lesen serta 26 permit bas yang dipegang oleh Qistna Express Sdn. Bhd. sehubungan dengan kemalangan yang melibatkan bas syarikat tersebut pada 10 Julai 2016 di Km265.8 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Terowong Menora.



Bagi kami di #KLChronicle, tindakan tegas SPAD ini wajar dan memang kena pada tempatnya. Ini kerana tanpa tindakan yang tegas dari SPAD, syarikat - syarikat pengendali bas ekspress akan "naik lemak" dan hanya akan memikirkan keuntungan semata - mata tanpa menghiraukan keselematan penumpang. Tindakan ini juga merupakan satu pengajaran kepada syarikat bas ekspress supaya menjadi lebih bertanggungjawab. 

Memetik kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah:

Pihak Suruhanjaya telah memulakan tindakan itu akibat pelanggaran syarat-syarat keselamatan mandatori berdasarkan laporan audit SPAD terhadap syarikat tersebut bertarikh 12 Julai 2016. Tindakan ini diambil sementara menunggu hasil siasatan dari Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) yang sedang dijalankan.

Konklusinya, sudah tiba masa SPAD dengan kerjasama  agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang yang lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) memastikan pengendali bas mengoperasikan kenderaan mereka dalam keadaan baik dan mematuhi segala peraturan lalu lintas dan keselamatan jalan raya. Ini kerana nyawa pengguna tidak boleh digadaikan hanya kerana pengusaha bas ekspress gilakan keuntungan. Enough is enough!

KENYATAAN MEDIA SPAD ADALAH SEPERTI BERIKUT:

SPAD MEMULAKAN PROSES PENGGANTUNGAN TERHADAP QISTNA EXPRESS

Kuala Lumpur, 13 Julai 2016 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memulakan proses penggantungan lesen serta 26 permit bas yang dipegang oleh Qistna Express Sdn. Bhd. sehubungan dengan kemalangan yang melibatkan bas syarikat tersebut pada 10 Julai 2016 di Km265.8 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Terowong Menora.

Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah berkata pihak Suruhanjaya telah memulakan tindakan itu akibat pelanggaran syarat-syarat keselamatan mandatori berdasarkan laporan audit SPAD terhadap syarikat tersebut bertarikh 12 Julai 2016. Tindakan ini diambil sementara menunggu hasil siasatan dari Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) yang sedang dijalankan.

SPAD ingin sekali lagi menegaskan bahawa Suruhanjaya memandang serius pematuhan keselamatan mandatori oleh pengusaha bas ekspres. Suruhanjaya percaya bahawa tindakan terhadap Qistna Express akan menjadi peringatan tegas kepada pengendali bas ekspres untuk memastikan bahawa mereka mematuhi Kod Amalan Industri (ICOP) SPAD pada setiap masa bagi mengutamakan keselamatan pengguna.

SPAD ingin memberi jaminan kepada orang ramai bahawa pihak Suruhanjaya akan terus bekerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang yang lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) untuk memastikan pengendali bas mengoperasikan kenderaan mereka dalam keadaan baik dan mematuhi segala peraturan lalu lintas dan keselamatan jalan raya.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget