KL CHRONICLE: #TahukahAnda 37 Persatuan Cina menyokong BN di PRK Kuala Kangsar?

Sunday, June 19, 2016

#TahukahAnda 37 Persatuan Cina menyokong BN di PRK Kuala Kangsar?


Barisan Nasional (BN) telah memperoleh kemenangan yang sangat memberangsangkan di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar baru - baru ini. Kejayaan ini lebih manis apabila masyarakat Cina kini sudah kembali yakin dengan kepimpinan Yang Amat Berhormat (YAB) Perdana Menteri Dato Seri Najib Bin Haji Tun Abdul Razak serta barisan kepimpinan MCA yang diterajui oleh Datuk Seri Liow Tiong Lai 



Malah, lebih membanggakan lagi di Kuala Kangsar adalah apabile Tiga Puluh Tujuh (37) Persatuan Orang Cina bersatu menyoking BN dan ini merupakan satu keadaan yang tidak pernah berlaku selama ini. Memetik kata - kata Datuk Seri Liow Tiong Lai:
“Tidak pernah saya lihat kesemua 37 Persatuan Orang Cina bersatu menyokong Barisan Nasional dan ini adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku”  
 “Saya percaya mereka boleh menjadi alat kekuatan untuk Barisan Nasional”
Bagi kami di #KLChronicle, walaupun keputusan PRK telah menunjukkan sokongan masyarakat orang Cina sudah kembali kepada BN hasil usaha keras MCA, namun perjuangan dan politik khidmat bakti harus diteruskan secara konsisten. Telah terdapat desas - desus yang mengatakan bahawa Pilihan Raya Umum (PRU) akan diadakan dalam masa terdekat, oleh itu MCA sudah pastinya harus menggandakan usaha untuk memikat masyarakat Cina. 

Kami yakin bahawa dibawah kepimpinan Datuk Seri Liow Tiong Lai, MCA akan mencapai kejayaan pada PRU akan datang. Ini ditambah pula dengan politik hina, jijik dan keji yang dimainkan oleh pihak pembangkang terutamanya DAP kini ditolak oleh masyarakat Cina. Ini tidak lagi termasuk skandal Lim Guan Eng di Pulau Pinang yang menyebabkan penyokong DAP sendiri sudah tidak yakin dengan kepimpinan parti DAP dimana Lim Guan Eng kini dilihat sebagai liabiliti kepada parti. 

Kami di #KLChronicle akan berdiri teguh bersama MCA dalam bersama membantu mereka pada PRU akan datang. Kerajaan BN perlu lah menjadi sebuah kerajaan inklusif yang disertai oleh semua wakil masyarakat baik Melayu, Cina, India, Dayak dan sebagainya. Barulah ianya akan menjadi satu kerajaan campuran yang terbaik dibawah kepimpinan YAB. Perdana Menteri. 

Apa pendapat anda?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget