KL CHRONICLE: Sejarah 26 Jun 1889 yang perlu anda tahu Cc @f_kedaulatan

Sunday, June 26, 2016

Sejarah 26 Jun 1889 yang perlu anda tahu Cc @f_kedaulatan




Twitter: @F_Kedaulatan or Facebook : Friends of Kedaulatan 

Mata wang tampang telah diisytiharkan oleh Pentadbiran Inggeris sebagai sah diperlakukan di negeri Pahang. Tampang ialah istilah yang digunakan bagi mata wang yang diperbuat daripada timah yang digunakan pada zaman dahulu di negeri Pahang. Adalah dipercayai mata wang tampang ini juga digunakan di negeri-negeri lain misalnya di negeri Melaka, menurut catitan sejarah China di awal kurun ke 15, matawang diperbuat dari timah ini ada digunakan di negeri Melaka.


Ia adalah dalam bentuk blok-blok kecil timah yang beratnya antara 900 gm atau 750 gm atau 10 blok kecil itu diikat dengan rotan dan dijadikan satu bundal kecil. Manakala 40 blok dijadikan bundal besar. Penggunaan blok-blok timah ini sebagai mata wang di negeri Melaka telah dihentikan apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis dalam tahun 1511.

Penggunaan mata wang tampang di negeri Pahang ada dicatitkan oleh Munshi Abdullah dalam bukunya ‘Pelayaran Abdullah Munsyi”. Beliau menyatakan bahawa mata wang tampang itu ada digunakan di negeri Pahang dalam tahun 1837.

Walaubagaimanapun, pentadbiran Inggeris di negeri Pahang telah mengisytiharkan bahawa mata wang tampang ini sah diperlakukan pada hari ini dalam tahun 1889. Dalam pengisytiharan itu dinyatakan bahawa pengeluaran mata wang tampang ini tidak dibenarkan lagi selepas pengisytiharan tersebut.

Akhirnya mata wang tampang ini tidak lagi sah diperlakukan di negeri Pahang mulai dari tahun 1893.

Sumber : Arkib Negara

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget