KL CHRONICLE: Sejarah 13 Jun 1959 yang perlu anda tahu Cc @f_kedaulatan

Monday, June 13, 2016

Sejarah 13 Jun 1959 yang perlu anda tahu Cc @f_kedaulatan


Sumber: Friends of Kedaulatan

https://m.facebook.com/friendsofkedaulatan/

Peristiwa hari ini dalam sejarah
13 Jun 1959

Kuala Lumpur dari segi kedudukannya, terletak di kawasan Lembah Kelang yang pada masa dahulu di bawah kekuasaan Sultan Selangor. Lembah Kelang ini mula berkembang di bawah Ketua Jajahan yang bernama Raja Abdullah. Raja Abdullah merupakan seorang pengusaha perlombongan yang gigih dan sentiasa berhasrat memperolehi keuntungan dari bijih timah di Lembah Kelang.

Keghairahan ini membawa kepada kemasukan kira-kira 87 orang pekerja lombong bangsa Cina yang diketuai oleh Raja Abdullah meneroka di sepanjang Sungai Kelang hinggalah ke pertemuan Sungai Gombak yang dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Kuala Lumpur. Hanya pada tahun 1859, barulah usaha Raja Abdullah ini mencapai  kawasan ini berjaya mengeksport timah.



Bagi memudahkan urusan perdagangan Raja Abdullah membina penempatan dan rumah-rumah kedai di kawasan pertemuan Sungai Kelang dan Sungai Gombak yang kemudian menjadi
'nucleus' kepada masa depan Kuala Lumpur yang semakin makmur dan aktiviti perlombongan bertambah giat dikerjakan. Atas inisiatif  Raja Abdullah Kuala Lumpur diasaskan sehinggalah
kewujudannya masa kini. Dari sebuah perkampungan yang menjadi nadi perdagangan bijih timah, Kuala Lumpur berjaya menjadi sebuah kota yang indah dan terkenal.

Selaras dengan kemajuan ekonominya bangunan-bangunan baru dan jalan-jalan raya dibangunkan untuk menggantikan rumah-rumah atap dan jalan-jalan yang tidak teratur. Pembangunan
ekonomi disertakan dengan pembangunan sosial. Institusi-institusi pelajaran dan keselamatan turut dibangunkan.

Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 meletakkan Kuala Lumpur sebagai ibu negara yang berjaya memikat pelancong dan tetamu negara. Sesungguhnya Kuala Lumpur akan terus berkembang dan membangun sebagai sebuah kota raya yang makmur dan terkenal di dunia.

Sumber : Arkib Negara

#4uMalaysia #4uMY #NegaraBerdaulat #SejarahKita #KualaLumpur #RajaAbdullah

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget