KL CHRONICLE: Kemenangan di #PRKSgBesar bukti kebangkitan MCA

Tuesday, June 21, 2016

Kemenangan di #PRKSgBesar bukti kebangkitan MCA



Keputusan PRK Sungai Besar yang baru berlangsung beberapa hari lepas telah memberikan pelbagai petunjuk kepada penganalisa politik tentang pola mengundi masyarakat berbangsa Cina. Parlimen Sungai Besar merupakan antara kerusi "hybrid"  di negara ini dimana ianya mempunyai komposisi yang seimbang antara pengundi Melayu dan Cina. Mengikut rekod, Sungai Besar mempunyai 42,836 pengundi dengan pecahan kaum ;















Melayu 28,776 (67.18 peratus)
Cina 13,142 (30.68 peratus)
India 820 (1.91 peratus)
Lain-lain kaum 98 ( 0.23 peratus).

Dari data diatas, terbukti masyarakat Cina mempunyai jumlah undi yang signifikan iaitu 13, 142 undi. Pada PRU - 13 yang lepas, jumlah undi masyarakat Cina yang diperolehi oleh Barisan Nasional hanyalah setakat 5 - 6 %. Namun, pada PRK kali ini jumlah undi masyarakat Cina telah meningkat sehingga 30 - 35%. Antara punca utama kembalinya masyarakat Cina kepada BN adalah kerana hasil usaha MCA dan barisan kepimpinan mereka yang diterajui oleh Dato Seri Liow Tiong Lai. 


Bagi kami di #KLChronicle, usaha MCA untuk berkempen di DUN Sekinchan dan bantuan yang mereka beri kepada calon YB Budiman Mohd Zohdi merupakan antara faktor utama :"swing" masyarakat Cina kepada BN. Malah, strategi MCA untuk melakukan "low key" campaigning sehingga hari terakhir merupakan satu strategi yang wajar dicontohi oleh parti komponen yang lain. 

Di DUN Sekinchan, MCA lebih fokus kepada melawat ke rumah - rumah pengundi, berkempen secara "heart to heart" dan lebih personal berbanding mengadakan jamuan makan malam yang mewah dengan harapan menarik crowd yang banyak. Transformasi MCA dalam PRK kali ini boleh dibawa ke PRU yang akan datang kerana dilihat lebih berkesan. 

Malah, jika dilihat, MCA hanya melakukan satu program yang besar, iaitu malam terakhir sebelum hari pengundian yang berjaya menarik hampir 3,000 orang. Ini adalah "the final push" dan terbukti apabila keputusan PRK diumumkan, jumlah pengundi Cina yang mengundi BN meningkat secara mendadak. Tahniah MCA dan Dato Seri Liow Tiong Lai, semoga  kita berjaya mengekalkan momentum sehingga PRU yang akan datang. 

#Kipidap!

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget