KL CHRONICLE: CEO SPAD : Kerajaan amat komited untuk meningkatkan perkhidmatan pengangkutan awam #DemiRakyat

Saturday, June 11, 2016

CEO SPAD : Kerajaan amat komited untuk meningkatkan perkhidmatan pengangkutan awam #DemiRakyat




"Kerajaan amat komited untuk meningkatkan perkhidmatan pengangkutan awam"

Itulah kata - kata yang dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Mohd Azharuddin Mat Sah dalam satu sesi temuramah yang diadakan di pejabat beliau baru - baru ini. Bagi kami di #KLChronicle, kenyataan Encik Mohd Azharuddin Mat Sah ini membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN), melalui SPAD sangat komited untuk memastikan kesejahteraan rakyat di negara ini terjamin. 



Umum ketahui bahawa sejak SPAD ditubuhkan, telah banyak perkhidmatan baru yang diperkenalkan oleh SPAD demi kesejahteraan rakyat. Antara yang telah diperkenalkan adalah perkhidmatan myBAS di Kangar, Ipoh, Seremban dan lain lain, termasuk program Interim Dana Sokongan Bas Henti-henti (ISBSF) dan pelbagai projek lain dilakukan supaya mutu perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini mencapai tahap negara maju. 

Selain itu, menurut Encik Mohd Azharuddin Mat Sah, SPAD kini juga semakin agresif dalam menaikkan taraf pengangkutan bas di Lembah Klang bagi memastikan sistem perkhidmatan bas setaraf dengan perkhidmatan Mass Rapid Transit (MRT) dan Light Rail Transit (LRT) yang kini menjalani transformasi yang sangat mengagumkan. Antara perancangan SPAD bagi menaikkan taraf serta mutu perkhidmatan bas di Lembah Klang adalah seperti berikut
  1. Interim Dana Sokongan Bas Henti-henti (ISBSF)
  2. Transformasi Perkhidmatan Bas henti (SBST) 


Bagi mereka yang tidak tahu,  Interim Dana Sokongan Bas Henti-henti (ISBSF) adalah untuk memberi subsidi kepada operasi bas, manakala Transformasi Perkhidmatan Bas henti (SBST) pula untuk menentukan kos operasi antara penyedia perkhidmatan bas supaya kos operasi dapat dikurangkan tanpa menjejaskan keselesaan penumpang.  Selain itu, SPAD kini akan memastikan semua perhentian bas di sekitar Lembah Klang mempunyai panel maklumat yang memberikan maklumat tentang waktu ketibaan bas supaya memudahkan pengguna. 

Bagi kami di #KLChronicle, sejak  Encik Mohd Azharuddin Mat Sah menerajui SPAD, telah terbukti bahawa banyak peruubahan yang telah beliau lakukan. Segala usaha beliau juga dipermudahkan oleh sokongan tidak berbelah - bagi dari Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar yang sentiasa mengambil berat tentang kebajikan rakyat di negara ini. Kami berharap usaha murni SPAD demi kesejahteraan rakyat ini akan diteruskan sampai bila - bila. 

#Kipidap!

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget