KL CHRONICLE: Sejarah 19 Mei 1976 yang perlu anda tahu

Thursday, May 19, 2016

Sejarah 19 Mei 1976 yang perlu anda tahu



Peristiwa hari ini dalam sejarah
19 Mei 1976

Dalam upacara menandatangani perjanjian itu, Malaysia telah diwakili oleh Menteri Luar, Tengku Ahmad Rithaudeen sementara Menteri bagi Pelajaran Tinggi Arab Saudi, Sheikh Al-Sheikh Hassan b. Abdullah Al-Sheikh mewakili negaranya.

Antara tujuan perjanjian tersebut termasuklah mengadakan kemudahan pertukaran pelajar, guru, saintis, wartawan, penulis, artis, ahli muzik, rancangan radio dan televisyen, ahli sukan dan pasukan sukan antara kedua-dua negara.

Friends of Kedaulatan


Malaysia dan Arab Saudi juga bersetuju mengukuhkan lagi hubungan antara Universiti dan institusi pengajian tinggi kedua-dua buah negara dengan menyediakan kemudahan yang lebih baik bagi kemasukan pelajar di negara masing-masing di samping merancangkan syarat-syarat yang wajar untuk pengiktirafan ijazah dan diploma pengajian lanjutan siswazah.

Dalam erti kata yang lain perjanjian ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan antara rakyat dan kerajaan kedua-dua buah negara sejajar dengan usaha-usaha mengukuhkan perpaduan umat Islam.

#4uMalaysia #4uMY #NegaraBerdaulat #SejarahKita

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget