KL CHRONICLE: @LiowTiongLai : Dr Sim Banyak Berjasa Kepada Rakyat Sarawak #PRNSarawak #TeamAdenan

Saturday, May 7, 2016

@LiowTiongLai : Dr Sim Banyak Berjasa Kepada Rakyat Sarawak #PRNSarawak #TeamAdenan



Hari ini berlangsung pengundian bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11). Umum ketahui bahawa Barisan Nasional di Sarawak adalah sangat kuat, terutamanya Parti Bumiputera Bersatu (PBB) dibawah kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem. Namun, walaupun kekuatan PBB tiada tandingan, parti - parti komponen lain terutamanya parti - parti yang mewakili masyarakat Cina seperti SUPP sedikit "goyang" akibat politik jijik parti Semenanjung iaitu DAP. 



Menyedari hakikat ini, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai sekali lagi mengingatkan pengundi berbangsa Cina di Sarawak tentang jasa serta sumbangan calon SUPP/BN iaitu Datuk Dr Sim Kui Hian yang bertanding di  kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kawah. Bagi mereka yang tidak mengenali Datuk Dr. Sim, sudah tentunya mereka tidak tahu sumbangan besar beliau terhadap rakyat Sarawak. 

Menurut Datuk Seri Liow Tiong Lai, antara sumbangan besar Dr Sim kepada rakyat Sarawak adalah cadangan pewujudan Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak Kota Samarahan.

Memetik kata - kata Datuk Seri Liow Tiong Lai:

"Semasa saya menjadi menteri kesihatan, beliau (Dr Sim) mencadangkan kepada saya mengenai penubuhan pusat jantung itu. Hasil cadangan beliau, rakyat Sarawak kini tidak perlu pergi ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan jantung.

"Oleh itu, Batu Kawah memerlukan wakil rakyat yang komited dalam membantu rakyat seperti Dr Sim," katanya . 

Bagi kami di #KLChronicle, keputusan terletak di tangan pengundi berbangsa Cina Sarawak. Sebagai seorang pemimpin, Datuk Dr. Sim telah membuktikan keupayaan dan sumbangan beliau kepada negeri Sarawak. Ini berbeza dengan parti DAP serta pemimpin mereka, yang hanya tahu memberikan janji - janji manis tetapi tidak langsung berusaha membantu masyarakat. 


Ini diakui sendiri oleh bekas ADUN DAP iaitu Sum Cheok Leong. Adakah ini yang rakyat DUN Batu Kawah mahu? 

Fikir baik - baik sebelum membuang undi anda. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget