KL CHRONICLE: Kini #Indonesia mahu lantik Jose Mourinho sebagai jurulatih bolasepak mereka

Saturday, May 14, 2016

Kini #Indonesia mahu lantik Jose Mourinho sebagai jurulatih bolasepak mereka


Menteri Belia dan Sukan Indonesia Imam Nahrawi bercadang membawa bekas Ppengurus Chelsea Jose Mourinho sebagai jurulatih pasukan kebangsaan negara itu.

Walaupun bukan mudah, menurut beliau, idea tersebut sudah pun dibincangkan dengan Presiden Indonesia Joko Widodo dan Presiden Jawatankuasa Olimpik Indonesia, Erick Thohir.



Selain pemilik gelaran The Special One, Imam Nahrawi juga mempunyai pilihan kedua iaitu Guus Hiddink yang kini pengendali sementera The Blues.

"Nilai kontrak Mourihno dianggarkan Rp250 bilion (RM75.5 juta) bagi tempoh setahun, manakala Hiddink lebih rendah," katanya seperti dilaporkan antaranews.com.

Menurut beliau, alasan cadangan tersebut dibuat atas usaha untuk meningkatkan prestasi pasukan bola sepak Indonesia ke tahap antarabangsa.

"Jika pasukan kebangsaan dilatih orang luar yang berkualiti, maka penolongnya mestilah orang Indonesia. Untuk pengalaman," katanya.

Sementara itu, ketika cadangan Nahrawi itu dikemukakan, akhbar di Eropah melaporkan Mourinho bakal menandatangani kontrak untuk mengendalikan Manchester United.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget