KL CHRONICLE: #TahukahAnda Menteri juga beri pengiktirafan terhadap McCafe Di #MIHAS2016 ?

Friday, April 1, 2016

#TahukahAnda Menteri juga beri pengiktirafan terhadap McCafe Di #MIHAS2016 ?



Syabas dan tahniah diucapkan kepada McDonald's Malaysia yang telah diberi pengiktirafan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed ketika Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2016 yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur baru - baru ini. Bagi mereka yang tidak tahu apa itu MIHAS, MIHAS ini dianjurkan bagi mengiktiraf produk halal tempatan yang mempunyai potensi besar untuk diketengahkan ke pasaran halal antarabangsa. 



Kami di #KLChronicle ingin bertanya kepada pembaca kami, pernahkah anda mendengar tentang McCafe? 

McCafe merupakan Cafe popular di restoran makanan McDonald's Malaysia yang menyediakan kopi yang terbaik serta makanan ringan yang disukai oleh golangan remaja dan belia. Pada bulan ini, sejarah telah tercipta apabila produk - produk jualan di McCafe telah mendapat sijil pengesahan halal oleh Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 

Antara produk - produk McCafe yang telah mendapat sijil Halal adalah:

Grinded Arabica Bean
Grinded Arabica Blend Modusta Bean
Grinded Robusta Bean
Instant Soluble Arabica Coffee - Frappucino Roast Soluble Coffee
Liquid Coffee Concentrate - Arabica
Roasted Whole Arabica Bean
Roasted Whole Arabica Blend Robusta Bean
Roasted Whole Robusta Bean

Kejayaan ini amat manis sekali kerana tidak banyak Cafe - Cafe kopi mahupun Cafe Hipster mendapat sijil Halal dari JAKIM. Ini membuktikan McDonald's Malaysia sangat serius dalam memastikan produk mereka sentiasa berada kualiti tertinggi dan mematuhi segala piawaian kebangsaan. Ini merupakan satu perkara yang sangat bagus. 

Malah, menteri - menteri kanan kerajaan seperti Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Timbalannya Datuk Ahmad Maslan..Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi turut tidak ketinggalan melawat gerai McCafe pada MIHAS kali ini. Anda pula bagaimana?


1 comment:

Blogger said...

Whether your priority is taste or variety, VaporFi is will meet your vaping needs.

With vape juices which comes from food-grade ingredients, their vaping flavors are amazingly smooth and consistent.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget