KL CHRONICLE: @RafiziRamli sengaja langgar OSA untuk mencari publisiti murahan

Wednesday, April 6, 2016

@RafiziRamli sengaja langgar OSA untuk mencari publisiti murahan


1. Rafizi adalah seorang Ahli Parlimen atau salah seorang pembuat undang-undang di Parlimen. Sebagai pembuat undang-undang, dia sudah semestinya memahami OSA dan kesan akibat pelanggaran undang-undang tersebut.



2. Pada 4 Mac 2016, Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Arifin telah memaklumkan orang ramai bahawa laporan akhir terhadap pengauditan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia rasmi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA).

3. Perkara ini diminta sendiri oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang semasa membentangkan laporan akhir pengauditan 1MDB. Menurut Hassan, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen Malaysia akur serta memahami keperluan dan tindakan yang diambil Jabatan Audit Negara ini yang dilakukan kerana ada maklumat dalam Laporan Interim Terhadap Pengauditan 1MDB yang dibentangkan kepada PAC pada Julai lalu, dibocorkan pihak tidak bertanggungjawab secara berpilih bagi mencetuskan laporan negatif sehingga menjejaskan kredibiliti Jabatan Audit Negara dan Jawatankuasa.

4. Perkara ini dijelaskan sekali lagi pada 5 Mac 2014 oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri I Datuk Nur Jazlan Mohamed. Jazlan menjelaskan hanya dokumen sokongan daripada Jabatan Audit Negara mengiringi rumusan laporan PAC berhubung Kawalan Pengurusan Urus Tadbir 1MDB, diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia rasmi di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972. Bagaimanapun, rumusan laporan PAC tidak diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia di bawah OSA dan akan dibentangkan di Parlimen.

5. Rafizi amat memahami perkara ini, bagaimanapun sengaja membocorkan maklumat dari dalam Laporan Audit Negara ini secara sengaja bagi membentuk persepsi negatif sebelum PAC membentangkan laporan siasatan ke atas 1MDB di Parlimen.

6. Tindakan tidak bertanggung jawab ini membuktikan Rafizi tidak menghormati kedaulatan undang-undang dan institusi PAC yang dibentuk oleh Parlimen itu sendiri, bermaksud dia tidak menghormati Parlimen. Tindakan membocorkan maklumat dari dokumen berstatus RAHSIA juga membuktikan Rafizi secara sengaja mencabar undang-undang dan itu mewajarkan tindakan undang-undang diambil ke atasnya.

7. Sebagai Ahli Parlimen, Rafizi pada bila-bila masa boleh mempersoalkan rumusan PAC apabila ia dibentangkan. Bagaimanapun Rafizi tidak mahu menunggu seolah-seolah sengaja mahu mengundang tindakan dari pihak berkuasa.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget