KL CHRONICLE: Kini Ahli Parlimen @dapmalaysia mula fitnah program #PLKN !!

Wednesday, April 6, 2016

Kini Ahli Parlimen @dapmalaysia mula fitnah program #PLKN !!



Menyedari bahawa Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan satu program yang telah membawa banyak manfaat kepada anak muda di negera ini, Ahli Parlimen Serdang dari parti rasis DAP iaitu Ong Kian Ming kini cuba melakukan serangan terhadap PLKN kerana kononnya program PLKN yang telah bermula sejak tahun 2004 menggunakan banyak duit kerajaan dan pada Tahun 2015 kononnya Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) telah membelanjakan RM 408 juta walaupun tiada PLKN pada tahun tersebut. 



Menjawab fitnah yang dilakukan oleh Ahli Parlimen DAP ini, Jabatan Latihan Khidmat Negara telah mengeluarkan satu kenyataan dengan menyatakan secara terperinci perbelanjaan yang dilakukan. Kenyataan media JLKN adalah seperti berikut:

BERIKUT KENYATAAN BALAS BERHUBUNG KENYATAAN YB ONG KIAN MING & SUARA RAKYAT KONON "TIADA PENJIMATAN DILAKUKAN KEPADA PLKN BAGI TAHUN 2015"
Tuduhan YB Ong Kian Ming (Ahli Parlimen DAP Serdang) dan facebook Suara Rakyat kononnya tiada penjimatan dilakukan bagi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada tahun 2015, adalah tidak benar sama sekali.

Ini adalah kerana PERUNTUKAN ASAL TAHUN 2015 untuk PLKN adalah sebanyak RM697.8 juta.


Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM408.34 juta merupakan kos tetap yang perlu dibelanjakan untuk komitmen dan kontrak yang telah dibuat SEBELUM pengumuman penangguhan PLKN.

Perbelanjaan RM408.34 juta ini mengambil kira aspek kos latihan kumpulan 1 sesi 2015, pelaksanaan makmal transformasi PLKN, pelaksanaan Projek Rintis dan pembayaran gaji kakitangan tetap dan kontrak termasuk jurulatih di kem PLKN sepanjang tahun penangguhan.

Setelah kesemua perkara tersebut diambil kira, PLKN berjaya membuat penjimatan sebanyak RM289.5 juta dengan tidak meneruskan pengambilan untuk dua kumpulan PLKN pada tahun 2015 dan penjimatan tersebut digunakan untuk program kesejahteraan rakyat.

Ini jelas menunjukkan bahawa maklumat dan dakwaan YB Ong Kian Ming serta Suara Rakyat adalah mengelirukan dan berunsur fitnah. Atas dasar tanggungjawab, pihak PLKN menuntut agar kedua-dua pihak tersebut memperbetulkan laporan mereka berdasarkan maklumat yang dikemukakan ini.
= TAMAT=

Bagi kami di #KLChronicle, kenyataan media yang dikeluarkan oleh JLKN menceritakan segalanya dan membongkar fitnah jijik Ong Kian Ming. Menurut kenyataan rasmi diatas, perbelanjaan PLKN pada tahun 2015 adalah untuk perkara  - perkara berikut:

1. Kos Latihan Kumpulan Satu sesi 2015

2. Pelaksanaan Makmal Transformasi PLKN

3. Pelaksanaan Program Rintis PLKN 2.0

4. Pembayaran Gaji Kakitangan Tetap dan Kontrak Termasuk Jurulatih Sepanjang Penangguhan

Oleh itu, persepsi yang cuba dimainkan oleh Ong Kian Ming kononnya berlaku salah urus kewangan dalam MLKN adalah tidak berasas sama sekali. Ia hanya membuktikan bahawa pemimpin - pemimpin DAP ketandusan idea sehingga sanggup menyerang program yang diilhamkan oleh kerajaan untuk membantu anak muda. Untuk pengetahuan Ong Kian Ming, PLKN 2.0 telah dinaiktaraf menjadi salah satu program remaja yang terbaik di negara ini dengan 8 modul baru iaitu

  1. Malaysiaku 
  2. Cakna Negara
  3. Pembangunan Diri
  4. Khidmat Masyarakat
  5. Kerjayaku
  6. Cergas Tangkas
  7. Bicara Tekno 
  8. Kerohanian.
Kesemua ini adalah hasil usaha  Pengerusi MLKN, Datuk Noor Ehsanuddin Harun Narrashid dan pasukan beliau dalam memastikan anak muda mendapat manfaat dari program PLKN 2.0 yang baru ini. Persoalannya sekarang, apakah usaha yang diambil oleh DAP untuk memperkasakan anak muda selain mengajak mereka berdemo dan sebagainya?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget