KL CHRONICLE: #TahukahAnda McDonald's taja program gotong - royong Bandar Bukit Mahkota

Monday, March 28, 2016

#TahukahAnda McDonald's taja program gotong - royong Bandar Bukit Mahkota


Syabas dan tahniah diucapkan kepada restoran McDonald's kerana telah menaja program gotong - royong persatuan penduduk Bandar Bukit Mahkota yang diadakan beberapa hari lepas. Antara tajaan dan sumbangan McDonald's Malaysia pada program gotong royong tersebut adalah t - shirt dan sarapan pagi kepada hampir 300 penduduk yang menyertai program tersebut. 



Bagi kami di #KLChronicle, langkah positif yang diambil oleh McDonald's Malaysia untuk menaja program ini membuktikan bahawa McDonald's Malaysia merupakan sebuah restoran yang prihatin tentang permasalahan rakyat. Malah, memandangkan McDonald's merupakan sebuah restoran yang mesra keluarga, program sebegini juga dapat mengeratkan silaturahim antara  penduduk dan McDonald's Malaysia.

Tindakan McDonald's Malaysia untuk menjadi sebahagian daripada program ini membuktikan bahawa McDonald's Malaysia mengambil berat tentang program Corporate Social Responsibility (CSR) mereka. Tahukah anda bahawa sebahagian hasil keuntungan yang diperolehi oleh McDonald's Malaysia disalurkan semula kepada masyarakat dan persatuan - persatuan penduduk?

Kami berharap bahawa tindakan murni yang diambil oleh McDonald's Malaysia ini dicontohi oleh syarikat - syarikat yang lain. Ini kerana, keuntungan yang diperolehi oleh syarikat - syarikat ini adalah dari rakyat dan sudah semestinya lebih baik jika sebahagian keuntungan ini disalurkan kembali kepada rakyat. Ini secara tidak langsung akan membuatkan rakyat lebih menghargai syarikat  - syarikat ini dan kerap mengunjungi mereka. Ini adalah satu kitaran yang sangat positif. Apa pendapat anda?

P/s: Bagi mereka yang ingin boikot McDonald's Malaysia tu, tak payah la. McDonald's Malaysia telah melakukan banyak sangat program CSR untuk rakyat, kau ada?


No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget