KL CHRONICLE: Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan Bidas Kenyataan Biadap "Challenger" @SyedSaddiq

Thursday, March 3, 2016

Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan Bidas Kenyataan Biadap "Challenger" @SyedSaddiq

 
 
[MPPK Seru Anak Muda Hormati Sistem Negara]

1. MPPK pada hari ini menolak segala ancaman yang cuba dilakukan oleh mana-mana pihak ke atas sistem demokrasi negara termasuklah usaha yang dilakukan oleh pihak yang menggelarkan diri mereka sebagai Challenger.

Kami menghormati pendapat serta pendirian yang diutarakan oleh Challenger namun tindakan mereka menyerang sistem dan instituisi negara secara terbuka adalah tidak wajar.

Malah kami juga kesal dengan mantan pemimpin mahasiswa yang menggunakan 'jawatan' yang pernah disandang  untuk menggambarkan sokongan anak muda terhadap mereka.
 


2. Ancaman dan serangan hari ini terhadap kerajaan dilihat telah mendatangkan suasana yang tidak tenteram di negara kita. Rakyat semakin berpecah belah, pemimpin pula terus-terusan bertelagah dan yang menjadi mangsa adalah golongan anak muda.

Abu Nawas dalam satu kisahnya didatangi jiran yang bertelagah dengan jiran satu lagi.
Ketika jiran pertama mengadu kepada Abu Nawas, beliau menjawab, "..wahai insan yang budiman, kamu benar."

Lalu setelah pulang jiran yang pertama tadi, Abu Nawas didatangi jirannya yang satu lagi dan turut mengadu kepada Abu Nawas.
 
Abu Nawas kemudian menjawab kepada jirannya yang kedua ini "..wahai insan bijaksana, kamu juga benar .."

Isteri Abu Nawas pada ketika itu mendengar apa yang berlaku lalu dia bertanya kepada Abu Nawas "..abang, kamu mengatakan kedua-dua jiran itu benar dan itu mustahil.

Abu Nawas kemudian menjawab kepada isterinya "..sayangku, kamu juga benar.."

Kesimpulannya, dalam keadaan semua pihak sedang cuba sedaya upaya membuktikan kebenaran agak berpihak kepada mereka, selaku anak muda yang bijaksana kita harus menilai kebenaran itu dengan nilai intelektual yang ada.

Sesungguhnya kebenaran itu perlu dicari tanpa melibatkan emosi dan rasa amarah semata-mata.

3. Buat rakan-rakan mahasiswa, kita tidak perlu terlibat dalam pertembungan politikus yang tidak berkesudahan. Adalah lebih baik kiranya kita memahami sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan dan menggunakan medium Pilihanraya sebagai penentu.

MPPK menyeru semua mahasiswa untuk menghormati sistem negara yang mengamalkan demokrasi dan sama-samaah kita menolak anasir-anasir luar yang cuba mengganggu gugat kestabilan politik negara.

Farhan Khairuddin,
Presiden Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan 2015/2016

1 comment:

nur jannah said...

Alhamdulillah..ada jugak kesedaran dari anak muda. Banayk yang terselindung dari pihak yang menggelarkan diri mereka as Challenger..tetapi hakikatnya ALLAH sahaja yang tahu apa yang ada dalam hati masing-masing. UMNO tidak boleh dikuburkan oleh golongan yang KECEWA atas nama TRANSFORMASI. Sewaktu ada jawatan mereka tidak mahu menyuarakan tetapi hari ini mereka berucap atas nama Transformasi. Wadah perjuangan harus diteruskan dan BANGSA MELAYU hendaklah BERSATU DAN terus mencapai kejayaan di bumi yang tercinta ini. Ayuh kita sama-sama pertahankan perjuangan kita.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget