KL CHRONICLE: Dato' Sri Azalina Othman Mahu Muhyiddin Yassin Jangan Bakar Parti

Wednesday, February 24, 2016

Dato' Sri Azalina Othman Mahu Muhyiddin Yassin Jangan Bakar Parti

 
Kesetiaan kepada pucuk pimpinan adalah perkara pokok yang menjadi amalan dalam mana-mana parti politik di seluruh dunia. Setiap pemimpin parti juga perlu patuh kepada peraturan dan dasar-dasar parti, kerana perkara itu menjadi tunjang kepada kekuatan sesebuah parti.

2. Melihat kepada perkembangan terkini, saya amat kecewa dengan tindakan yang dilakukan oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sekali lagi secara terbuka mengkritik kepimpinan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak. Perbezaan pendapat atau pandangan perlulah melalui saluran yang betul agar tidak berlaku perpecahan dalam UMNO. Sebagai orang nombor dua dalam parti keramat UMNO ini, Tan Sri Muhyiddin sepatutnya memainkan peranan sebaik mungkin bagi melicinkan kerja-kerja Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.
 


3. Tindakan beliau itu juga memberi contoh tidak baik kepada kepimpinan di peringkat akar umbi. Sekiranya beliau benar-benar sudah tidak sehaluan dengan apa yang diamalkan UMNO selama ini beliau boleh berundur diri atau mungkin juga boleh menawar diri untuk jawatan Presiden dalam pemilihan parti akan datang. Tan Sri Muhyiddin perlu ingat yang beliau masih lagi menjadi Ahli Parlimen Pagoh atas tiket BN dan jentera BN yang banyak membantu beliau selama hari ini. Ingatlah jasa parti terhadap beliau sebarang tindakan yang dilakukan mestilah tidak melemahkan parti dan membawa kepada perpecahan.

DATO' SRI AZALINA OTHMAN SAID
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
Ahli Majlis Tertinggi Umno
24 Februari 2016

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget