KL CHRONICLE: Selepas dimaki @dapmalaysia , AMANAH kata tidak gila jawatan pula

Friday, January 8, 2016

Selepas dimaki @dapmalaysia , AMANAH kata tidak gila jawatan pula


Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH) yang baru dilantik Khalid Samad berkata, parti tersebut bukan sebuah parti yang "gilakan" jawatan. Ini susulan kritikan oleh DAP terhadap parti "nyamuk" ini yang baru ditubuhkan tetapi sudah berani meminta jawatan dalam kerajaan negeri Selangor.


Sebaliknya, beliau memberitahu, anggotanya telah maklum bahawa mereka akan kehilangan atau tidak mempunyai sebarang jawatan ketika keluar daripada PAS dan menyertai AMANAH.

Sehubungan itu, anggota parlimen Shah Alam yang dulu bertanding atas kerusi PAS itu menegaskan bahawa AMANAH berterima kasih dengan 10 kerusi ahli majlis yang diberi oleh kerajaan Selangor dan menyangkal dakwaan tidak berpuas hati dengan jumlah itu.

"Kita ambil risiko ini (hilang jawatan) semasa kita keluar (PAS). Kita tahu kita mungkin kena lepaskan jawatan.

“Jadi nak kata AMANAH marah tak betul. Sebab kalau nak jawatan, tak masuk AMANAH tetapi kekal dalam PAS atau masuk Umno," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Shah Alam hari ini.

AMANAH digerakkan oleh sekumpulan pemimpin kanan PAS yang ditolak dalam pemilihan parti itu tahun lalu oleh ahli akar umbi.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget