KL CHRONICLE: Tindakan Berani Ahli MT UMNO punca Muhyiddin Maki Hishammuddin #PAU2015

Friday, December 11, 2015

Tindakan Berani Ahli MT UMNO punca Muhyiddin Maki Hishammuddin #PAU2015


Berhubung dengan article http://www.mykmu.net/2015/12/tidak-boleh-berucap-muhyiddin-maki-hishamudin/ penulis dimaklumkan sebab utama kejadian tersebut cukup memalukan Tan Sri Muhyiddin.




Tan Sri Muhyiddin menyuarakan hasratnya untuk berucap dalam penggulungan sebagai Timbalan Presiden mengikut tradisi setiap tahun. Jika diikutkan tradisi, semua ketua sayap, naib-naib presiden dan timbalan presiden akan membuat ucapan penggulungan sebelum penggulungan oleh Presiden.

Salah seorang Ahli Majlis Tertinggi telah mencelah dengan menyatakan bahawa disebabkan Tan Sri Muhyiddin sendiri yang melanggar tradisilah memaksa semua ahli bersetuju untuk mengubah tradisi Perhimpunan Agung UMNO pada tahun ini. Beliau telah membangkitkan isu yang sudah banyak kali diberi pencerahan dan membangkitkan isu berulang-kali tanpa mengikut saluran yang betul. Ini termasuklah isu 1MDB dan dana politik $2.6 billion.

Kesimpulannya inilah harga yang perlu dibayar akibat tindakan yang di majukan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri. Jawapan tersebut membuatkan beliau terkedu dan tunduk malu seraya terpaksa akur. Jadi beliau melepaskan geramnya dengan memaki Datuk Seri Hishammuddin dengan perkataan kesat.

1 comment:

Ghazali said...

Apa... dia ingat semua orang JOHOR sokong die.... Boleh blah lah... Kat Pagoh pun X semua yang sokong die... sedarlah ckit...

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget