KL CHRONICLE: Pembelian PT Eagle High oleh Felda Global Ventures (FGV) Dikaji Semula

Thursday, December 17, 2015

Pembelian PT Eagle High oleh Felda Global Ventures (FGV) Dikaji Semula


Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) kini dalam proses mengkaji semula pembelian 37% saham dalam syarikat Indonesia  PT Eagle High Plantations Tbk. Kajian semula ini dilakukan susulan kemerosotan nilai ringgit serta kejatuhan harga minyak sawit mentah (CPO) dunia. Bagi kami di #KLChronicle, langkah ini merupakan satu langkah bijak oleh pengurusan FGV untuk re-strategize semula business model syarikat bagi memastikan keuntungan maksimum kepada pemegang saham. 



Jika dilihat dari rancangan asal FGV, FGV telah menyatakan minat untuk membeli 37% saham PT Eagle High Plantations Tbk dan sekaligus memiliki 425,000ha tanah perladangan di Indonesia dimana 2/3 adalah di kawasan Kalimantan. Ini akan membolehkan pihak FGV untuk menggunakan tanah di Kalimantan ini untuk menanam kelapa sawit sekaligus meningkatkan jumlah (production) minyak sawit mentah untuk dijual. 

Harga minyak sawit dunia terus merudum
Namun apabila satu cost benefit analysis dibuat, pembelian 37% dalam  PT Eagle High Plantations Tbk yang dianggarkan berharga  US$680mil (RM4.25bil) tidak dapat memberikan pulangan yang lumayan memandangkan harga minyak sawit mentah dunia tahun ini berharga secara purata hanya RM2,174. Ini akan menyebabkan FGV mengambil tempoh yang lama untuk mendapatkan keuntungan daripada pelaburan ini. 

Bagi kami di #KLChronicle, sikap pengurusan FGV yang peka dengan keadaan ekonomi semasa terutamanya penukaran wang asing, harga komoditi dan juga "market demand" ini membuktikan FGV diketuai oleh "the right people" yang arif dalam selok belok perniagaan. Jika FGV diketuai oleh seorang yang tidak peka dengan industri minyak sawit, tidak mungkin FGV akan mampu membuat kajian semula tentang pembelian PT Eagle High Plantations Tbk. 

Secara konklusinya, kami di #KLChronicle ingin mengambil peluang ini untuk memuji langkah FGV untuk kaji semula pelaburan mereka memandangkan sektor komoditi minyak sawit tidak begitu baik di waktu ini. Jika FGV mempunyai lebihan wang, mungkin iainya dapat dilaburkan dalam sektor - sektor yang memberikan pulangan yang lebih lumayan sekaligus memberikan manfaat kepada peneroka dan juga pemegang saham FGV. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget