KL CHRONICLE: Kegagalan Dr. Mahathir & Muhyiddin Yassin untuk menjatuhkan PM @NajibRazak

Tuesday, December 15, 2015

Kegagalan Dr. Mahathir & Muhyiddin Yassin untuk menjatuhkan PM @NajibRazak


RUMUSAN

Setelah meneliti apa yang terjadi di arane politik negara sejak kebelankangan ini, saya dapat rumuskan terdapat usaha untuk menjatuhkan DS Najib dari jawatannya sebagai Perdana Menteri - a deliberate and planned strategy to unseat the Prime Minister.




Pertamanya, mereka sudah dapat melihat bagaimana 1MDB membeli loji-loji penjana kuasa dari hak-milik syarikat-syarikat yang di miliki secara private (private ownership).

Keduanya, mereka juga melihat bagaimana DS Najib membuat keputusan yang melibatkan projek-projek aaupun dasar-dasar yang lebih terbuka, kurang cenderung untuk "memelihara" kedudukan beberapa vested-interests (golongan yang mempunyai kepentingan) yang telah sebegitu lama menikmati "privileges" sebagai tetuan ekonomi negara.

Pada masa yang sama, Kerajaan di bawah pimpinan DS Najib memperkenalkan GST. Kerajaan sedia maklum bahawa pengenalan GST di mana-mana negara di dunia pun adalah tidak popular. Bahkan di beberapa buah negara, kerajaan di bawah sesebuah parti politik yang mengenalkan GST akan kalah di pilihanraya berikutnya.

Segerombolan kelompok "vested interests" ini mahu mengambil kesempatan kejatuhan populariti DSN akibat GST sebagai foundation mereka untuk melancarkan kempen anti-Najib.

KIta mesti maklum bahawa kumpulan "vested interests' ini amatlah berpengaruh dan networj mereka bukan calang-calang. Mereka memegang jawatan-jawatan korporat mahupun memiliki kekayaan yang berbilion.

Balik kepada 1MDB pula, mereka tahu 1MDB bertujuan menyenaraikan syarikat Edra (iatu syarikat yang memegang hak-milik loji-loji janakuasa yang saya sebut tadi) di Bursa Malaysia. Dengan penyenaraian Edra, 1MDB adalah di jangka 1MDB akan memperolehi RM20 bilion. Jumlah ini dapat di gunakan oleh 1MDB untuk melangsaikan hutang-hutang yang di ambil untuk membeli loji-loji tersebut.

Jadi apa mereka buat? Mereka mengempar-gempurkan 1MDB agar penyenaraian syarikat itu tidak dapay di teruskan. Kalau dapat di senaraikan, 1MDB tidak akan melalui kemelutan seperti yang sebaliknya terjadi.

Malang juga nasib DS Najib, dalam jangka masa waktu yang sama, terbongkar cerita RM2.6bn di mana jumlahnya di dalam amtawang Amerika Syarikat, USD700m, adalah jumlah yang sama dengan jumlah yang di katakan "lesap" dari buku 1MDB.

Kita juga sekarang tahu bahawa Sarawak Report (yang sehingga sekarang tidak diketahu siapa membiayainya), mengeluarkan cerita mengenai 1MDB yang memutarbelitkan emel-emel yang di songlap oleh seorang bekas pekerja IT syarikat yang membuat perniagaan dengan 1MDB.

Artikel-artikel Sarawak Report pula di gemparkan oleh akhbar The Edge, yang tuan pemiliknya adalah Tong Kooi Ong, kawan karib DSAI sejak dari dahulu lagi. (DSAI pernah memberi Tong lesen perbankan, Phileo Allied Bank).

Pada hemat saya, ada kemungkinan golongan "vested interests" ini bekerjasama dengan TSMY untuk menjatuhkan DS Najib. TSMY mengambil kesempatan dalam masa DS Najib di kritik teruk dan dalam masa penyiasatan oleh agensi-agensi kerajaan.

Sekutu TSMY mula-mula mengeluarkan vidoe rakaman ucapan TSMY di Janda Baik. Tujuan video ini adalah untuk melihat reaksi orang-ramai, lebih-lebih lagi reaksi ahli-ahli UMNO.

Team TSMY berpendapat reaksi kepada video untuk menunjukkan ada sokongan memihak kepada mereka, lalu TSMY memberi ucapan yang garang di pembukaan mesyuarat UMNO Bahagian Cheras - Bahagian yang pertama mengadakan mesyuarat mereka dari sejumlah 191 Bahagian seluruh negara, Setiap hujung minggu, bermula dari mesyuarat Bahagian Cheras itu, kesemua 191 Bahagian akan bersidang.

TSMY mengharapkan ucapannya akan memberi semangat kepada Bahagian-Bahagian lain, di dalam mesyuarat-mesyuarat berikutnya akan menyatakan sokongan mereka kepada TSMY. Akhirnya, kurang dari 15 bahagian memberi sokongan mereka kepada TSMY

Ucapan inilah yang memberi DS Najib signal yang terang dan kuat - bahawa TSMY berniat untuk menumbangkan kedudukan DS Najib sebagai Presiden UMNO dan inilah sebabnya TSMY di pecat sebagai Timbalan Perdana Menteri. Alasan dan ulasan TSMY mengenai RM2.6bn dan 1MDB hanyalah asap untuk mengaburkan mata.

Saiful Bahari Baharom

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget