KL CHRONICLE: Datuk Dr. Wan Junaidi Beri Sebab Kenapa Perlu Persempadanan Semula di Sarawak

Thursday, December 3, 2015

Datuk Dr. Wan Junaidi Beri Sebab Kenapa Perlu Persempadanan Semula di Sarawak



Menyedari bahawa isu persempadanan semula di Sarawak telah dimanipulasi oleh pihak pembangkang untuk kepentingan politik sempit mereka. Ahli Parlimen Santubong, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah memberitahu kami di #KLChronicle bahawa objektif utama persempadanan semula DUN Sarawak diadakan adalah upaya memudahkan ahli-ahli dewan undangan negeri melaksana tugas dan tanggungjawab mereka dengan lebih efektif.

Menurut Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, 


“Kawasan seperti di Baram yang sebesar Pahang. Jika di Pahang (memerlukan) berapa puluh orang wakil rakyat negeri dan ahli parlimen, jadi ia tidak adil,”ujarnya memberi contoh.

Bagi kami di #KLChronicle, sebenarnya isu persempadanan semula yang dilakukan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ini telah mengikut lunas undang - undang persekutuan serta perlembagaan negara. Tidak ada manipulasi mahupun sebarang penipuan yang dilakukan oleh SPR. Ini sendiri telah disahkan oleh Mahkamah Persekutuan yang mengesahkan proses persempadanan semula yang dilakukan SPR adalah sah disisi undang - undang. 

Dengan kejayaan proses persempadanan semula DUN Sarawak serta bacaan yang telah lulus di parlimen semalam, Kajian Semula Persempadanan Bahagian Pilihan Raya Negeri Sarawak menyaksikan cadangan tambahan 11 bahagian baharu menjadikan jumlah keseluruhan kerusi DUN menjadi 82 bagi negeri Sarawak. 


No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget