KL CHRONICLE: Ahli Parlimen Kota Tinggi Beri sumbangan kepada 1,000 pelajar, kau ada? #Back2School

Friday, December 4, 2015

Ahli Parlimen Kota Tinggi Beri sumbangan kepada 1,000 pelajar, kau ada? #Back2School



Tahniah diucapkan kepada Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid kerana telah menunjukkan komitmen yang tinggi dengan menjaga kebajikan penduduk disekitar kawasan Kota Tinggi dan memberi bantuan persekolahan kepada mereka yang memerlukan baru -  baru ini. Usaha murni yang dilakukan oleh Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid ini sememangnya dihargai oleh penduduk setempat. 



Bagi mereka yang tidak tahu, baru - baru ini Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid telah memberikan bantuan kepada hampir 1,000 orang pelajar dari 26 buah sekolah di kawasan Parlimen Kota Tinggi. Bantuan ini telah diberikan sempena program "Back2School" yang dipelopori oleh kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat untuk meringankan beban mereka. 


Antara sumbangan yang diberikan kepada anak - anak ini adalah pakaian sekolah, beg sekolah baru, botol minuman, serta barang  - barang keperluan yang lain. Ketika anak - anak ini bergembira mendapat peralatan baru, ibu - bapa mereka juga dapat menarik nafas lega kerana bantuan yang diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban ibu - bapa. 

Bukan itu sahaja, malah Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid juga telah mewakili Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) menyampaikan sumbangan dibawah Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) kepada 200 asnaf yang akan memasuki alam persekolahan tahun hadapan. 

Bagi kami di #KLChronicle, usaha yang dilakukan oleh Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid ini menunjukkan bahawa beliau mengambil berat akan kebajikan serta kesejahteraan penduduk kawasan Parlimen Kota Tinggi. Sejak dipilih menjadi Ahli Parlimen pada PRU - 13 yang lalu, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid  telah mengadakan banyak program untuk mendekatkan diri beliau dengan masyarakat. 

Usaha - usaha baik sebegini yang dilakukan oleh beliau wajar dicontohi oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional yang lain. Ini kerana sekarang rakyat telah menjadi lebih "demanding" dimana mereka mahu Ahli Parlimen mereka meluangkan masa di kawasan dan bukan hanya datang ketika pilihanraya sahaja seperti yang selalu dilakukan oleh Ahli Parlimen pembangkang. 

Bagi Barisan Nasional, politik khidmat bakti adalah lebih penting daripada berpolitik kosong. Perkhidmatan terbaik kepada rakyat akan menjadi kayu pengukur pada PRU - 14 yang akan datang. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget