KL CHRONICLE: Penganjuran Anugerah Industri oleh SPAD berjaya menarik hampir 1,200 penyertaan pemain industri pengangkutan awam darat

Tuesday, November 17, 2015

Penganjuran Anugerah Industri oleh SPAD berjaya menarik hampir 1,200 penyertaan pemain industri pengangkutan awam darat



Sebentar tadi telah berlangsung program Anugerah Industri yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di Putra World Trade Centre (PWTC). Program anugerah ini dianjurkan sempena Symposium SPAD 2015 dimana tema simposium tahun ini adalah "Journey into the future:Building People Centric Mobility".


Program ini telah membawa seramai 1200 pemain industri duduk bersama dalam satu majlis bagi meraikan kejayaan pemain industri pengangkutan awam darat negara ini. Bagi kami di #KLChronicle, ini adalah satu usaha murni SPAD untuk menghargai segala sumbangan mereka kepada rakyat Malaysia dari era Pra-Merdeka sehingga sekarang.

Pada program anugerah pengangkutan awam darat sebentar tadi, senarai pemenang anugerah Pengangkutan Awam Darat adalah seperti berikut: 
  1. Best operator freight (A) : JP Logistic Sdn Bhd
  2. Best operator (KA) : LTS Logistic Sdn Bhd
  3. Best Express Bus Operator : Sani United Berhad
  4. Best Excursion Bus Operator : Columbia Leisure Sdn Bhd
  5. Best stage Bus Operator : Handal Indah Sdn Bhd
  6. Best Rail Operator : Rapid Rail Sdn Bhd
  7. Best Innovation Award :  -Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Women Coach & On Board Rail Lubrication System KL Star 1 by Rapid Rail Sdn Bhd


Lebih menarik lagi, pada tahun ini SPAD juga telah memberi anugerah kepada 10 pemandu teksi terbaik yang telah diberi rating oleh aplikasi "Meter On". 10 orang pemandu teksi yang terbaik ini adalah seperti berikut:


Kemuncak acara program anugerah industri anjuran SPAD ini adalah penghargaan kepada pemandu teksi Hanizan Bin Mohamed Radzi yang pernah suatu ketika menjadi "famous" apabila menjumpai seorang kanak-kanak yang diculik dan seterusnya mengembalikan anak tersebut kepada ibu bapa beliau. 


Bagi kami di #KLChronicle, program anjuran SPAD ini wajar diberi pujian kerana SPAD telah berusaha mengenalpasti syarikat dan individu yang telah banyak menyumbang kepada pengangkutan awam darat negara dan menghargai segala sumbangan mereka.

Tahniah SPAD!

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget