KL CHRONICLE: Melayu @dapmalaysia kena "reject" dalam Pemilihan DAP Selangor

Sunday, November 1, 2015

Melayu @dapmalaysia kena "reject" dalam Pemilihan DAP Selangor



Pemimpin DAP Tony "chicken" Pua menolak masih wujud isu perkauman dalam parti DAP walaupun tiada seorang pun orang Melayu yang dipilih melalui pengundian bagi membarisi Ahli Jawatankuasa DAP Selangor hari ini. 


Pua yang juga gagal mengekalkan kedudukannya sebagai wakil No 1 DAP  Selangor dalam pemilihan itu memberi alasan faktor utama menyaksikan tiadanya kaum Melayu dipilih kerana rata-rata calon masih "baru" terlibat dalam parti.

"Tidak ada isu ini mengenai tiada Melayu. Mereka undi pada calon yang mereka kenal," katanya cuba untuk menutup masalah perkauman parti DAP pada sidang media selepas Konvesyen Tahunan DAP Negeri Selangor di Petaling Jaya hari ini.

Menurut ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu, DAP Selangor untuk mengelak terus dikritik orang melayu telah melantik 3 ahli jawatankuasa negeri daripada kaum Melayu iaitu Dr Abdul Aziz Bari, Young Syefura Othman dan Edry Faizal Eddy Yusof.

"Ini kita akan perbaiki dari masa ke semasa," katanya.

Selain Pua, pemilihan kali ini menyaksikan Gobind Singh Deo turut kekal sebagai timbalan pengerusi dan naib pengerusi pula disandang Datuk Teng Chang Kim dan Hannah Yeoh.

Manakala setiausaha DAP negeri pula ialah Ean Yong Hian Wah dan setiausaha organisasi ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Balakong Eddie Ng serta Setiausaha Publisiti Ng Suee Lim.

Pemilihan itu juga turut menyaksikan 5 dilantik membarisi jawatankuasa DAP Selangor dan 15 dipilih melalui proses pengundian. Secara kesuluruhanya, tiada pemimpim Melayu DAP dilantik dalam jawatan pentadbiran DAP Selangor.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget