KL CHRONICLE: Kini @dapmalaysia dan @tonypua beri tekanan kepada @AzminAli di Selangor

Sunday, November 1, 2015

Kini @dapmalaysia dan @tonypua beri tekanan kepada @AzminAli di Selangor


Keputusan DAP bertanding di 8 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) PAS pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) diambil selepas Menteri Besar Mohamed Azmin Ali bersikap degil dan enggan mengubah gabungan di Selangor walaupun Pakatan Rakyat (PR) berkubur, kata Tony "chicken" Pua.

Pengerusi DAP Selangor itu berkata, partinya terus kekal dalam kerajaan negeri yang dibentuk semasa PR masih wujud dahulu kerana tidak mahu menimbulkan lagi pergolakan politik di negeri terkaya itu selepas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim disingkirkan sebagai menteri besar kerana tidak mengikut kehendak parti.


"Sebab itu, DAP terus berada dalam sebuah kerajaan gabungan 'ad-hoc' dan DAP akan menjalankan peranan supaya dasar bersama Pakatan Rakyat yang disokong rakyat semasa pilihan raya dahulu akan dikotakan.

 "Akan tetapi, gabungan ini tidak akan kekal selama-lamanya. Masa depan kita adalah bersama Pakatan Harapan.

"Apatah lagi PAS sudah berulang-kali menegaskan mereka memutuskan segala kerjasama politik dengan DAP dan akan meletak calon PAS untuk bertanding di kawasan yang dipegang DAP," kata Pua yang juga ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, semasa berucap di Konvensyen Biasa Negeri DAP Selangor 2015 di Petaling Jaya, hari ini. – 1 November, 2015.

MENYUSUL LAGI

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget