KL CHRONICLE: Kini Aziz Bari jadi jurucakap Sultan Selangor pula?

Monday, November 2, 2015

Kini Aziz Bari jadi jurucakap Sultan Selangor pula?

Bukan Melayu boleh dilantik sebagai menteri besar asalkan memenuhi syarat ditetapkan, kata pakar undang-undang Dr Abdul Aziz Bari. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 November, 2015.
Bukan Melayu boleh dilantik sebagai menteri besar kerana ia dibenarkan Perlembagaan yang jelas menyatakan mereka turut mempunyai hak asalkan memenuhi syarat ditetapkan, kata Dr Abdul Aziz Bari.
Ahli baru parti DAP itu berkata, mengikut Perlembagaan, dalam keadaan tertentu kelonggaran diberikan kepada Sultan untuk memilih calon menteri besar daripada kalangan bukan Melayu.


"Ya betul (lantik bukan menteri besar bukan Melayu) cuma kena tengok dalam konteks tertentu. Sebagai peruntukan umum memang orang Melayu saja boleh jadi menteri besar,” kata Aziz kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di Petaling Jaya semalam.
"Tetapi yang nombor dua dalam Perlembagaan dinyatakan, untuk pastikan syarat dan kedudukan menteri besar dipenuhi, Sultan boleh mengetepikan peruntukan tersebut. Maknanya Sultan boleh lantik orang bukan Melayu,” katanya.
Aziz yang baru sahaja dipilih menjadi ahli jawatankuasa DAP Selangor menjelaskan, pelantikan bukan Melayu sebagai menteri besar boleh terjadi sekiranya tiada majoriti Melayu yang menyokong calon menteri besar dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Ataupun orang Melayu tidak ada dalam DUN selain mungkin orang Melayu itu tidak sesuai menjadi menteri besar.
“Ada pelbagai situasi dan maksudnya, kelonggaran diberikan kepada Sultan untuk melantik orang bukan Melayu,” katanya.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget