KL CHRONICLE: Demonstrasi Haram pemandu teksi gagal dapat sambutan

Thursday, November 19, 2015

Demonstrasi Haram pemandu teksi gagal dapat sambutan

Demonstrasi haram pemandu teksi dihijack pemimpin pembangkang yang tidak bertanggungjawab
Semalam telah berlaku satu perhimpunan haram melibatkan segelintir warga teksi yang berlangsung di Padang Merbok di Kuala Lumpur namun gagal mendapat sambutan apabila hanya kira-kira 300 pemandu teksi terlibat dalam perhimpunan selama 3 jam bermula pukul 12 tengah hari.



Menurut Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi/Limosin dan Kereta Sewa Malaysia (Petekma) ramai pemandu teksi yang enggan terlibat kerana perhimpunan hari ini dipercayai mempunyai agenda politik daripada pihak tertentu terutamanya pembangkang yang cuba "hijack" program ini demi kepentingan politik mereka sendiri. Antara pemimpin pembangkang yang telah "hijack program ini adalah Wan Azizah Wan Ismail dan Tian Chua. 

"Perhimpunan hari ini dilihat berunsur politik kerana kita (pemandu teksi) hanya berurusan dengan kerajaan serta agensi terlibat dan bukannya wakil pembangkang.

"Saya lihat ini tidak akan selesaikan masalah malah memburukkan lagi keadaan kerana mereka (peserta) perlu menggunakan saluran betul untuk bersuara dan bukannya melalui demonstrasi," katanya.

Bagi kami di #KLChronicle, kegagalan perhimpunan teksi semalam telah membuktikan beberapa perkara iaitu:
  1. Tuntutan kumpulan perhimpunan haram ini tidak mendapat sokongan majoriti pemandu teksi.
  2. SPAD masih mendapat sokongan dan kepercayaan dari pemandu teksi sekitar Lembah Klang hasil usaha mereka membanteras aplikasi UBER & GRABCAR
  3. Pemandu teksi yang tidak menyertai perhimpunan haram semalam lebih mementingkan servis mereka kepada rakyat dan mencari pendapatan daripada berdemo tidak tentu pasal. 
Secara konklusinya, perhimpunan semalam gagal dan akhirnya telah di "hijack" oleh pembangkang untuk kepentingan politik mereka. Apa yang kumpulan pemandu teksi cuba sampaikan sepatutnya dibawa direct kepada SPAD dan perbincangan secara berhemah wajar diadakan. Ini adalah modus yang sama diambil PETEKMA dimana jika ada sebarang masalah mereka akan selesaikan bersama SPAD sekaligus mewujudkan win-win situation untuk semua pihak. 

Pada pendapat pembaca, wajarkah demonstrasi haram semalam diadakan?

1 comment:

Mohd Azam Mohd Yusof said...

pembangkang malaysia hanya minat aktiviti yang HARAM_HARAM..tak minat pun nak bantu rakyat..

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget