KL CHRONICLE: @dapmalaysia boleh kata apa sahaja, PAS tetap dalam kerajaan Selangor

Monday, November 2, 2015

@dapmalaysia boleh kata apa sahaja, PAS tetap dalam kerajaan Selangor

Exco Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad berkata ada perkara lebih mustahak daripada melayan desakan seorang wakil DAP supaya PAS disingkir daripada Selangor. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 November, 2015.

Parti Cina Chauvinist DAP boleh berkata apa sahaja yang mereka mahu walaupun ianya menyakitkan hati dan rasis namun akhirnya PAS masih tetap berada dalam kerajaan Selangor, kata Datuk Iskandar Abdul Samad.



Pesuruhjaya PAS Selangor yang disegani itu berkata, wakil rakyat parti Islam itu tidak merasakan desakan pecat perwakilan DAP diberi tumpuan, sambil menegaskan mereka mempunyai lebih banyak tugas yang perlu dilakukan.

"Itu konvesyen mereka (DAP), mereka boleh kata apa sahaja yang mereka suka. PAS berada dalam kerajaan dan tugas kita adalah untuk menjalankan tanggungjawab sebagai sebahagaian daripada kerajaan.

"Kita ada banyak kerja di hadapan. Bajet baru diluluskan. Sepatutnya fokus kita adalah kerja-kerja di hadapan, untuk membela rakyat untuk memberi penghormatan kepada rakyat," katanya kepada pemberita di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini. – 2 November, 2015.

MENYUSUL LAGI

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget