KL CHRONICLE: Ahli Parlimen Kota Tinggi Balun Pembangkang & Bersih 2.0

Sunday, November 8, 2015

Ahli Parlimen Kota Tinggi Balun Pembangkang & Bersih 2.0

Muka penipu
Tindakan tidak bertanggungjawab pihak pembangkang melalui NGO mereka BERSIH 2.0 yang baru-baru ini memberi satu sampul surat yang mengandungi beberapa helai surat kononnya datang dari penduduk setempat kawasan parlimen BN akhirnya "dikantoikan" oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional. 



Surat tersebut yang dikatakan gesaan rakyat agar Ahli Parlimen mereka menyokong usul undi tidak percaya kepada YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib B Tun Abdul Razak adalah palsu semata-mata dan dibuat untuk mengelirukan ahli parlimen BN. 

Malah, menurut Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Harun Narrashid yang juga menerima surat palsu tersebut,  tindakan pihak pembangkang dan BERSIH 2.0 adalah satu tindakan terdesak yang hanya mahu mengucar-kacirkan negara ini. 

Malah siasatan yang dilakukan oleh Datuk Noor Ehsanuddin Harun Narrashid mendapati nama "rakyat" yang menandatangani surat tersebut tidak wujud san nombor kad pengenalan yang diberi tidak lengkap. Malah, "rakyat" yang menandatangani surat tersebut tidak juga berdaftar sebagai pengundi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

Malah bagi kami di #KLChronicle, tindakan jijik Pembangkang dan BERSIH 2.0 ini menunjukkan mereka sudah mati akal dan cuba menggunakan cara yang salah untuk menjatuhkan sebuah kerajaan BN yang dipilih secara demokratik oleh rakyat. 

Persoalannya, adakah rakyat juga terpedaya dengan penipuan pembangkang ini.?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget