KL CHRONICLE: Cuai, Gabenor Bank Negara Malaysia Wajar Letak Jawatan

Wednesday, October 14, 2015

Cuai, Gabenor Bank Negara Malaysia Wajar Letak Jawatan


1. 1MDB telah memohon kepada Bank Negara untuk membuat pelaburan sebanyak AS$1 bilion pada tahun 2009 dan Bank Negara yang meluluskannya. 



2. Pada tahun 2010, selepas usahasama Petrosaudi-1MDB dihentikan,1MDB membuat pelaburan tambahan sebanyak AS$830 juta lagi, tetapi jumlah AS$1.83 ini ditukar ke dalam bentuk Nota Murabaha, iaitu sebagai kemudahan pinjaman kepada syarikat JV Petrosaudi pada kadar 8.75%. Tiada kenyataan dari Bank Negara.

3. Pada tahun 2011, pinjaman AS$1.83 bilion ditukar ke dalam bentuk saham PetroSaudi Oil Services dan nilainya telah meningkat kepada AS$2.2 bilion. Bank Negara senyap juga.

4. Pada tahun 2012, 1MDB menjual saham ini pada nilai AS$2.318 bilion, termasuk keuntungan sebanyak AS$488 juta yang dibayar dalam bentuk unit dana berdaftar Cayman Islands, Bank Negara diam juga.

5. Pada tahun 2014, 1MDB menebus unit dana tadi sebanyak AS$1.22 bilion untuk membayar hutang. Bank Negara masih tidak membuat apa-apa.

6. Pada tahun 2015, apabila baki unit dana 1MDB ini ditebus untuk membayar hutang Deustche Bank, Bank Negara masih tak berkata apa-apa.

7. Peliknya apabila Bank Negara gagal membuktikan 1MDB bersalah memberi maklumat yang kurang tepat mengenai pelaburan ke dalam PetroSaudi, Bank Negara telah menarik semula kebenaran yang diberikan kepada 1MDB pada 6 tahun yang lalu dan mengarahkan wang sebanyak AS$1.83 dikembalikan.

10. Bukankah Bank Negara yang memberi kelulusan kepada 1MDB pada tahun 2009. Adakah Bank Negara mahu mengatakan bahawa mereka telah memberikan kelulusan tetapi langsung tidak pernah mengambil inisiatif untuk menyemak, bertanya dan menyiasat kesahihan permohonan 1MDB. 

11. Adakah Bank Negara tidur sepanjang 6 tahun sejak tahun 2009 - 20014? Bank Negara juga tidak menghalang 1MDB daripada menggunakan wang AS$1.83 bilion untuk membayar hutang-hutangnya sepanjang tahun 2014-2015.

12. Selepas 6 tahun dan wang ini digunakan untuk membayar hutang-hutang 1MDB, bukankah pelik apabila Bank Negara mahu ia dikembalikan semula? 

13. Bolehkan agensi kerajaan meluluskan permohonan syarikat untuk membina bangunan dan selepas bangunan disiapkan, dijual dan dihuni, agensi tersebut mengatakan yang ia tersilap memberi kelulusan dan mahu bangunan dikosongkan, diruntuhkan serta permit untuk membina bangunan tersebut dikembalikan?

7 comments:

jgn jadi bodoh!!! said...

Apa khabar BINATANG!!

jgn jadi bodoh!!! said...

Apa khabar BINATANG!!

gabenor johor said...

marah betul @10:40am tu di tahun baru hijrah ni

mus imah said...

Ini tindakan yg pelik dari BNM macam mission impossible je.

aku said...

masa utk hentam TS Zeti pulak ye..mentang2 la TS Zeti ni SRP je..

Rozai CBR said...

Sekiranya zeti cuai ...sila kena kan tindakan tatatertib ..... itu adalah lebih baik dr menjatuhkan kredibilti zeti itu sendiri.

Rozai CBR said...

Sekiranya zeti cuai ...sila kena kan tindakan tatatertib ..... itu adalah lebih baik dr menjatuhkan kredibilti zeti itu sendiri.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget