KL CHRONICLE: Mahkamah Persekutuan Tolak Kebenaran untuk Merayu Pemimpin Pembangkang yang Fitnah FELDA

Tuesday, September 22, 2015

Mahkamah Persekutuan Tolak Kebenaran untuk Merayu Pemimpin Pembangkang yang Fitnah FELDA


Tahniah diucapkan kepada kesemua Hakim Mahkamah Persekutuan Malaysia, Putrajaya yang berani membuat keputusan menolak Permohonan Kebenaran Untuk Merayu Datuk Mustafa Ali & 5 Yang Lain kerana memfitnah FELDA. Fitnah jijik yang mereka lakukan adalah berkaitan kes penjualan minyak sawit kepada negara yahudi laknatullah Israel dimana fitnah ini dilakukan bagi memburukkan imej pengurusan FELDA dan juga kerajaan Barisan Nasional.  



Umum ketahui bahawa FELDA merupakan "fix deposit" Barisan Nasional dimana peneroka serta anak FELDA merupakan penyokong kuat kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Tun Razak. Menyedari hakikat ini, cara utama untuk melumpuhkan sokongan FELDA terhadap PM adalah dengan mengaitkan FELDA dengan penjualan minyak sawit ke negara Israel. 

Pihak pembangkang tahu minda orang Melayu Islam Malaysia sangat sensitif jika dikaitkan dengan Israel yang telah melakukan jenayah kejam terhadap rakyat Palestin. Oleh itu, dengan memfitnah FELDA serta kononnya "membongkar rahsia perdangan FELDA"
 pembangkang berharap mereka dapat menarik sokongan peneroka serta anak FELDA. Namun terbukti mereka gagal apabila FELDA membwa kes ini ke mahkamah. 

Bila kes ini dibawa ke mahkamah, telah terbukti bahawa apa yang didakwa pembangkang adalah fitnah dan palsu lalu mereka didapati bersalah. Dengan ini, imej FELDA telah berjaya dipulihkan dan peneroka serta ahli FELDA juga lega bahawa segala penat lelah mereka menanam sawit tidak dijual kepada Israel. Akhir sekali, pembangkang nampak bodoh kerana cuba fitnah FELDA tapi akhirnya terbongkar niat jijik mereka. 

Persoalan sekarang, adakah anda tetap mahu menyokong pembangkang walaupun anda tahu mereka ini semua kaki fitnah? 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget