KL CHRONICLE: FELDA Pantas Ambil Tindakan Terhadap Premis yang jual minuman keras!

Friday, September 25, 2015

FELDA Pantas Ambil Tindakan Terhadap Premis yang jual minuman keras!



Baru-baru ini, telah timbul satu isu yang agak sensitif dibangkitkan oleh NGO Pembangkang iaitu Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) dimana sebuah restoren yang beroperasi di lot "Retail 1" Menara Naza TTDI yang dimiliki FELDA telah menyediakan hidangan minuman keras di premis mereka.


Sebenarnya, restoran tersebut bukanlah hanya menjual minuman keras tetapi sebenarnya adalah sebuah restoran yang menyediakan masakan laut yang berkonsepkan barat. Namun, menyedari bahawa isu penjualan minuman keras adalah sensitif dan FELDA merupakan badan yang berkanun, FELDA dengan pantas telah mengambil beberapa langkah drastik termasuk:

1. Pihak pengurusan Felda telah menghantar surat bantahan kepada Ketua Pegawai Eksekutif, NAZA Sdn Bhd, sebelum restoren berkenaan memulakan operasi iaitu pada 25/08/2015, membantah penyediaan minuman keras di dalam restoren walaupun ruang restoren berkenaan dipajakkan kepada syarikat berkenaan.

2. Felda juga turut mendapatkan penjelasan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagaimana lesen minuman keras dikeluarkan kepada restoren berkenaan.

Bagi kami di #KLChronicle, tindakan pantas Pengurusan Pihak FELDA ini membuktikan FELDA sangat mengambil berat tentang isu yang dibangkitkan tidak kira dari pihak pembangkang mahupun rakyat marhaen biasa. Malah, FELDA juga telah terbukti tegas dengan pekedai-pekedai di premis mereka. Ini walaupun menyedari bahawa pekedai-pekedai ini mungkin membuka kedai mereka di tempat lain kerana tidak dibenarkan menjual arak.

FELDA lebih sanggup kehilangan untung daripada membiarkan penjualan minyak keras di premis mereka. Ini adalah satu tindakan yang wajar diberi pujian. Kenyataan Media dari pihak pengurusan Felda mengenai isu tersebut adalah seperti di bawah:

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget