KL CHRONICLE: Pengarah JASA tidak setuju UMNO bahagian batalkan jemputan untuk TSMY

Saturday, August 1, 2015

Pengarah JASA tidak setuju UMNO bahagian batalkan jemputan untuk TSMY


Pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka tidak memberi kesan besar kepada Umno Johor kerana ahli parti itu tidak memiliki sentimen kenegerian.



Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Datuk Dr Puad Zarkashi berkata pengguguran seorang pemimpin Johor daripada jawatan timbalan perdana menteri bukan baru kali pertama berlaku.

Katanya, sebelum ini Tun Musa Hitam juga pernah digugurkan daripada jawatan sama - ketika itu oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mungkin ada suara ahli yang tidak berpuas hati tetapi kata Puad, ia berlaku kerana mereka "tidak faham".

"Ini bukan benda baru. Tunku Abdul Rahman (pernah) pecat Aziz Ishak, Tun Hussein Onn pecat Ketua Pemuda Umno.

"Zaman Dr Mahathir lagi lah. (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) pun dipecat," katanya.

Ikut Westminster

Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Batu Pahat juga mengingatkan, ketika menteri dan timbalan perdana menteri pada zaman Tun Abdul Razak Husseun dan Hussein Onn, tiada ahli yang bangkit memberontak.

"Malah ketika Datun Onn Jaafar meletakkan jawatan Presiden Umno, orang Johor dah biasa.

"Kenyataan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (Menteri Besar Johor ketika ini) mudah difahami," katanya.

Puad sebelum ini pernah mengkritik Muhyiddin - ketika itu turut berkhidmat sebagai menteri pendidikan - kerana didakwa tidak menjalankan tugas dengan baik.

Kata Puad, Muhyiddin tidak dipecat sebaliknya Najib hanya melakukan rombakan kabinet mengikut sistem Westminster.

Beliau turut merujuk kepada peletakan jawatan bekas Setiausaha Luar Britain Robin Cook kerana tidak sependapat dengan perdana menteri ketika itu, Tony Blair dalam isu Perang Teluk.

"Ini bukan pemecatan sebaliknya rombakan kabinet supaya kabinet boleh bekerjasama sebagai satu pasukan," katanya.

Pada masa sama Puad tidak bersetuju dengan tindakan sesetengah bahagian Umno yang membatalkan jemputan untuk Muhyiddin.

"Tan Sri Muhyiddin masih Timbalan Presiden Umno. Apa masalahnya kalau jemput dia pun? Tiada sesiapa boleh marah beliau," katanya.

2 comments:

AlangSiantan said...

Apa kata bahagian puad jemput tsmy..

AlangSiantan said...

Apa kata bahagian puad jemput tsmy..

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget