KL CHRONICLE: Persamaan tindakan PM @NajibRazak & Umar bin Al Khattab #Nothing2Hide

Saturday, June 6, 2015

Persamaan tindakan PM @NajibRazak & Umar bin Al Khattab #Nothing2Hide


Umar bin Al Khattab adalah panglima dan khalifah Islam yg gagah berani. Kepimpinannya diiktiraf sebagai zaman emas pemerintahan Islam.



Pada suatu ketika, Khalifah Umar telah pergi membawa ekspedisi ke Syam. Apabila sampai di Sargha, Beliau mendapat tahu melalui risikan bahawa Syam dilanda wabak taun yg mengancam nyawa di sana.

Ini satu situasi yg berpotensi memudaratkan nyawa dan kesihatan Khalifah dan pasukannya!

Lalu baginda bertanya kepada para sahabat tentang apakah tindakan yg patut dilakukan.

Maka ada yg menasihatkan beliau meneruskan saja ekspedisi ke Syam dan berserah kpd Qadar Allah. "Tuan telah keluar untuk satu tugas yg sangat penting. Adalah tidak layak tuan meninggalkannya," kata mereka.

Ada juga menasihatkan beliau agar tidak masuk dan berpatah balik.

Saudina Umar akhirnya memutuskan utk tidak meneruskan perjalanan ke Syam dan berpatah balik dgn segera. Abu Ubaidah bin Jarrah RA pun bertanya, "Apakah kita hendak lari dari Qadar Allah?"

Maka Umar menjawab, "Ya, kita lari dari Qadar Allah (bahaya taun) kepada Qadar Allah (selamat dari taun)."

Umar terbukti merupakan seorang pemimpin yg terbaik sepanjang zaman. Dan beliau juga memilih utk menghindari mudarat sungguhpun tidak semestinya beliau dan pasukannya dijangkiti taun jika masuk ke kawasan wabak.

Jika pemimpin seperti Umar pun menghindari kemudaratan pada nyawa dan kesihatan, apatah lagi Najib Tun Razak.

Perdana Menteri hendak menghadiri suatu program yg Ketua Polis Negara tidak dapat menjamin keselamatan beliau dan orang awam yg lain. Dan sudah pasti IGP bertindak atas maklumat risikan yg tinggi nilai kebolehpercayaannya.

Dan atas penilaian itu, DS Najib Tun Razak telah lari dari Qadar Allah kepada Qadar Allah.

14 comments:

profit said...

persamaan pee em dengan Qarun lebih dekat

Labu8455 said...

Adoi dah nak samakan pulak tindakan Najib dengan Umar Al Khatab, please lah bro jangan buat malu bangsa Melayu dan juga spesis spesis "Pahlawan" yang bersangkut paut dengan Najib.

Samak Carwash said...

Bro.. Keyword penulisan artikel ni

"Zaman emas pemerintahan Islam"
"taun" = penyakit yang amat merbahaya

Keyword PM kita:
Zaman (fill in the blank) pemerintahan di Malaysia
PWTC = Rumah keramat UMNO

Agak2 lah nak buat perbandingan kot...

RSOthman said...

Hehehe! Bab BODEK DAN MELEPASKAN TENGKUK laju jer buka kitab! Bab nak pakai duit rakyat tak nak pula buka Al Quran dan Hadis atau rujukan lain! Buat malu BUGIS saja!

Abu Bakar said...

Buat lawak dungu lagilah si blogger KL Chronicle ini, inilah bila jadi Abu Jahal Tukang Jawab Najib, maka jadi bengong tak sudah-sudah.

Dalam isu program semalam itu, tak ada masalahnya pun, kalau Najib benar-benar ikhlas dan ada maklumat yang sebenar, maka rakyat akan menerima penjelasan Najib itu, dengan syarat, maklumat benar beserta bukti, bukannya buat grafik macam Arul Kanda lepas suap kepada rakyat kononnya itu 'bukti', kalau macam itu, macam mana rakyat nak terima?

Malahan pembohongan oleh juak-juak Najib kononnya keadaan semalam adalah sangat berbahaya adalah tuduhan melulu dan melampau, malahan lebih keji lagi mereka menuduh para penyokong Tun Dr. Mahathir membuat rusuhan, membuat rempuhan, membuat kekacauan, sedangkan tak ada pun macam itu, setakat bising-bising itu biasalah, dah ramai orang.

Kalau Najib seorang yang 'berdarah pahlawan' sebagaimana ucapan Najib di Sarawak pada hari Khamis yang lalu, maka sepatutnya kalau Najib risau dengan faktor 'keselamatan' seperti program semalam, apakata Najib buat forum di televisyen dengan Tun Dr. Mahathir menjadi penanya soalan dan Najib menjawabnya, orang pun tak ramai, jemput siapa yang patut dan kalau ramai orang nak datang, buat khemah besar di luar studio dan pasang skrin besar seperti penerangan Tun Dr. Mahathir di Ipoh baru-baru ini.

Berdarah pahlawan konon, pantang berundur konon, pahlawan bugis konon, bila Tun Mahathir sahut cabaran untuk mendengar dan mengutarakan soalan mengenai isu-isu semasa dalam progam 'Nothing To Hide' yang kononnyalah itu, maka Najib terus 'Hiding Into The Drain' menyorok dalam longkang, sesuai sangatlah dengan status Perdana Menteri Longkang Najib sekarang ini. Najib semalam menunjukkan wajah sebenar Najib iaitu seorang pembohong, pengecut, bacul, penakut, seperti pendatang haram yang diserbu oleh pihak polis dan imigresen, maka Najib pun 'lari bersembunyi ke dalam longkang'.

Najib ni lebih sesuai diumpamakan dengan PENDATANG HARAM, bila diserbu oleh pihak berkuasa lari bersembunyi dalam lubang jamban pun sanggup, kerana takut berhadapan dengan pihak berkuasa, macam itulah status maruah Najib, dasar penakut, pengecut, bacul, itulah Najib yang sebenarnya.

Abu Bakar said...

Najib kalau jadi panglima di medan perang, bila lihat pihak lawan, dia dah naik gentar dan lari meninggalkan pengikut terkontang kanting begitu sahaja. Lepas tu beri alasan macam-macam, sakit perutlah, nak terkencinglah, bini panggil suruh picit kakilah, bini suruh basuh jubor binilah, macam-macam alasan diberikan.

Kesimpulannya Najib memang pengecut yang tak layak jadi Perdana Menteri, bila Tun Dr. Mahathir, Datuk Seri Ahmad Said, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, serta para blogger dan penyokong Tun Dr. Mahathir hadir, terus buat cerita macam-macam, isu keselamatanlah, rusuhanlah, rempuhanlah, berbahayalah, tetapi tak ada pun yang mati dirempuh, dipukul, dibunuh semasa Tun Dr. Mahathir berucap dan memberi penerangan kepada sidang media selepas dipaksa oleh pihak polis berhenti kerana Najib takut makin banyak yang terdedah.

Najib Pahlawan Bugis konon, blah la, Najib ni hanya Bapok Bugis sahajalah! Memalukan kaum Bugis di Malaysia sahajalah Najib ini, mengaku pahlawan, tapi belum turun berjuang terus lari lintang pukang, pahlawan cetak rompak adalah kalau macam ni.

Fikir said...

Alahai ... Khalifah Umar ada darah bugis ke?

hahahahaha

Baru berdepan dgn insan berumur 90 tahun pun dah kecut, nak bandingkan dgn Khalifah Umar.

Blogger bangang ...

Fikir said...

Wira Bugis ni hanya pandai menghafal skrip aje. Kalau berdebat ni terpaksa guna otak dan akal fikiran.

Maka tulah dia tak berani kot.

amin1594 said...

AsSalam ...janganlah jadi bodoh nak samakan Pm dgn Saidina Umar Al-Khatab RA.Saidina Umar ni manusia yang telah dijanjikan syurga dan si Najib telah dijanjikan Rosmah..Bodoh punya blogger nak jilat pun biorla patut patut

AlangSiantan said...

Siapa nak tanggung malu ni...tindakan dsn sama dengan tindakan saidina umar...malu sampai lubang kubur

AlangSiantan said...

Siapa nak tanggung malu ni...tindakan dsn sama dengan tindakan saidina umar...malu sampai lubang kubur

Abu Bakar said...

Seorang juak Najib iaitu Ali Tinju telah ditahan oleh polis kerana hendak merempuh ke dalam dewan serta membuat provokasi serta membuat kekacauan di luar dewan.

Sekarang ni, yang menjadi punca adalah juak-juak Najib sendiri juga, mereka sengaja cetuskan ketidak tentuan ini supaya Najib ada alasan untuk elak bersemuka dengan Tun Dr. Mahathir bagi menjawap segala persoalan rakyat melalui Tun Dr. Mahathir.

Malahan tindakan pihak polis yang menghentikan ucapan Tun Dr. Mahathir di pentas dialog, apakah motifnya? Tak ada kekacauan pun masa Tun Dr. Mahathir beri ucapan itu? Apa yang sebenarnya adalah arahan supaya pihak polis yang bertugas supaya menghentikan ucapan Tun Dr. Mahathir kerana mereka takut para wakil NGO yang selama ini menyokong Najib kerana tak dapat maklumat sebenar akan berpihak kepada Tun Dr. Mahathir selepas mereka tahu hal sebenarnya, ini yang saya dapat simpulkan.

Jika Najib seorang pahlawan sebagaimana ucapannya di Sarawak sehari sebelum program Nothing To Hide yang dah bertukar Run and Hide In The Drain, maka Najib patutnya bersemuka dengan Tun Dr. Mahathir dalam dialog di televisyen yang disiarkan secara langsung oleh semua stesen televisyen di negara ini termasuklah di Astro.

Najib oleh berdialog dengan membawa pasukannya yang terdiri dari Arul Kanda, Datuk Seri Husni, Najib sendiri, Shahrir Samad, Zamil KITA serta Salleh Said Keruak dan Tunku Abdul Aziz dan Tun Dr. Mahathir pula mengetuai pasukan yang terdiri daripada Tun Dr. Mahathir sendiri, Tun Zaim Zainuddin, Datuk Seri Ahmad Said, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Datuk Seri Afifudin Omar, tak apalah Najib ada 6 orang, Tun Dr. Mahathir ada 5 orang pun cukuplah untuk berbahas mengenai isu-isu semasa berkaitan termasuklah 1MDB itu sendiri.

Apakah Najib berani? Jika berani, Khairul Anwar Rahmat yang kini menjadi urusetia Najib olehlah aturkan TV3 atau RTM dengan kerjasama Astro untuk menjayakan rancangan ini. Jemput sekali sekumpulan kecil dalam 100 orang di pihak Najib dan 100 orang di pihak Tun Dr. Mahathir, buatlah di RTM ke atau di TV 3 ke, atau di Astro pun tak apa, saya meyakini bahawa Tun Dr. Mahathir tak ada masalah langsung untuk perkara ini, kerana apa yang perlu adalah perkara utama perlu dirungkaikan,jika ada perlakuan jenayah dalam isu-isu yang dibangkitkan itu, maka pihak berkuasa perlu segara menangkap orang yang terlibat itu.

Abu Bakar said...

Malahan jika Najib bawa 6 orang tadi dan Tun Dr. Mahathir hanya seorang atau ada dua orang sahaja pun tak apalah. Saya rasa Tun Dr. Mahathir tak ada masalah untuk perkara ini, saya berkeyakinan tinggi kerana Tun Dr. Mahathir pun tak mahu perkara ini berpanjang, dan pihak yang bersalah serta jika ada sabit dengan kelakuan jenayah, maka perlu ditangkap serta merta dan disoal siasat serta dibicarakan di mahkamah.

Apa yang menjadi perkara utama adalah bukan berkaitan isu peribadi Tun Dr. Mahathir atau isu peribadi Najib, tetapi adalah kepentingan rakyat Malaysia yang dijoli serta diperjudikan sesuka hati hingga lingkup begitu sahaja. Ini yang perlu penjelasan segera.

nia lisa said...

Darah pahlawan bugis bukan tahu berani je mcm yg korang sangka tu lah pasal kalo tak tahu pasal bugis mmg kesian korang ni..kalo berani saja tanpa ada akal fikiran waras dan bijaksana main redah je haaaa tu tak ubah mcm org nak bunuh diri dari tingkat 30 kan berani juga tu..ko ckp pasal perang pulak najib kecut..ko tak baca kah time kes kat tanduo lahad datu tu besar besar kat paper tulis najib arahkn hapuskan mereka semua..hantar mcm mcm aset tentera..tu siap perang la tu buktinya musuh mampus dah..kalo korang la ntah darah pahlawan apa mungkin dah bagi wang bejuta juta suruh balik jgn wat kacau..tak pun biarkn je duduklah kat tanduo tu buat mcm rumah sendiri..hahaha..

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget