KL CHRONICLE: PAS Kata @LimKitSiang Gopoh & Tidak Sabar

Monday, June 1, 2015

PAS Kata @LimKitSiang Gopoh & Tidak Sabar

Beberapa siri kritikan oleh Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang disifatkan PAS hari ini sebagai 'gopoh'. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Jun, 2015.
Anak dan ayah sama-sama secara terbuka mengkritik rakan politik mereka PAS dalam media
PAS menyifatkan serangan kasar dan biadap pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dalam polemik hudud sejak kebelakangan ini sebagai satu tindakan gopoh dan tidak bertanggungjawab, kata Datuk Mustafa Ali.

Setiausaha Agung PAS itu mendakwa, Kit Siang seperti orang politik baharu (political novice) yang sering membuat kenyataan menyerang PAS hanya kerana tidak bersetuju dengan hukum Islam iaitu hudud.



"Saya rasa kebelakangan ini kenyataan pemimpin DAP, Kit Siang, Lim Guan Eng, mereka ini gopoh dan tidak sabar.

"Saya rasa hairan bagaimana Kit Siang boleh keluarkan kenyataan 'Save Malaysia Government'. Ini teruk sangat. Nak selamatkan daripada apa?" soalnya pada sidang media di Pejabat Agung PAS di Kuala Lumpur, hari ini.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget