KL CHRONICLE: @TengkuAdnanReal Kesal Tindakan Ahli UMNO jadi "Tukang Tambah" isu #TabungHaji #KekalNajib

Monday, May 11, 2015

@TengkuAdnanReal Kesal Tindakan Ahli UMNO jadi "Tukang Tambah" isu #TabungHaji #KekalNajib



Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kesal dengan ahli-ahli parti Melayu itu yang mensensasikan cerita pembelian tanah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Lembaga Tabung Haji, lapor akhbar Sinar Harian hari ini.

Beliau sebaliknya menyeru ahli Umno agar terus setia kepada kepimpinan parti.



"Kita mesti bersatu tetapi kadang kala kita tambah lagi masalah yang dibangkitkan seperti Tabung Haji. Yang tukang tambah ini orang Umno sendiri juga.

"Yang tidak tahu fakta, tolonglah tanya fakta yang betul. Kita mesti setia pada kepimpinan yang ada. Apa lagi yang kita mahu sibuk-sibuk? Bila berkhidmat, berkhidmatlah untuk rakyat, seperti hari ini saya berkhidmat untuk rakyat dan parti," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

1 comment:

Unknown said...

Apa yg DSTengku Adnan ckp ni macam la rakyat n ahli Umno bodoh. Kmi ahli Umno akan setia selagi pemimpin jujur dan menjaga kebajikan rakyat. Skandal 1MDB semua org celik telah tahu. Mengapa JhoLow dibayar beratus ratus juta Rm..??? satu nilai yg tk masuk akal. Smua org tahu, JhoLow adalah sahabat Riza Aziz anak sulung DSRosmah Mansor. Rakyat boleh meneka duit tu tujuan utk apa..

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget